New Delhi: Perbuatan menjalin hubungan seks dengan seorang wanita adalah
rogol jika lelaki yang berjanji untuk berkahwin dengan wanita itu tidak
mengotakan janji, kata hakim mahkamah tinggi di sini.
“Menjalin hubungan seks dengan wanita tanpa kerelaan atau keizinannya juga ditakrif sebagai rogol. Jika kebenaran diberi, ia masih rogol jika ia berdasarkan janji palsu,” kata hakim R V Easwar.
“Menjalin hubungan seks dengan wanita tanpa kerelaan atau keizinannya juga ditakrif sebagai rogol. Jika kebenaran diberi, ia masih rogol jika ia berdasarkan janji palsu,” kata hakim R V Easwar.
Mahkamah membuat keputusan itu ketika menolak ikat jamin kepada Abhishek
Jain selepas defendan dituduh isteri menjalin hubungan seks sebelum
kahwin selepas dia berjanji akan mengahwininya.
Dalam aduannya, wanita itu mendedahkan Abhishek hanya berkahwin dengannya selepas dia membuat aduan kepada polis.
Mangsa dera selepas kahwin
“Sebaik saja berkahwin, defendan selalu mendera plaintif dengan niat wanita itu akan meninggalkannya tetapi dia terpaksa mohon ikat jamin selepas wanita itu membuat aduan,” kata mahkamah.
Wanita itu membuat aduan pada Februari 2013 di balai polis Rani Bagh dengan menuduh defendan merogolnya selepas berbohong akan mengahwininya.
Bagaimanapun, defendan dan plaintif kemudian berkahwin pada 4 Mac lalu dengan dokumen perkahwinan dilakukan oleh Pendaftar Perkahwinan di Ghaziabad, lapor akhbar Indian Express. - AGENSI
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.