Keamanan membawa kepada keadaan harmoni, integriti, kesederhanaan dan
kebahagiaan. Perkataan Islam membawa maksud aman dan selamat. Maksud
keamanan sangat luas. Ia bukan hanya meliputi keadaan tanpa konflik.
Keamanan membawa kepada sebarang usaha untuk mengelak kepada konflik dan
keganasan. Ia meliputi usaha ke arah perseimbangan, kesederhanaan,
ketenangan dan tindakan yang adil ke atas individu dan masyarakat.
Agama Islam sangat berkait rapat dengan keamanan. Islam membawa erti keamanan yang dimanifestasikan oleh setiap individu Muslim dalam lafaz “Assalamualaikum” sesama mereka apabila bertemu. Lafaz “salam” juga dilafazkan di penghujung setiap solat yang bermaksud “salam sejahtera ke atas kamu”. Perkataan “salam” sebenarnya antara nama terbaik Allah (al-asma’al-husna). Ia juga adalah amalan penganut Islam dengan menyebut “sallalahu alaihi al-salam” setiap kali nama junjungan Nabi Muhammad disebut.
Agama Islam sangat berkait rapat dengan keamanan. Islam membawa erti keamanan yang dimanifestasikan oleh setiap individu Muslim dalam lafaz “Assalamualaikum” sesama mereka apabila bertemu. Lafaz “salam” juga dilafazkan di penghujung setiap solat yang bermaksud “salam sejahtera ke atas kamu”. Perkataan “salam” sebenarnya antara nama terbaik Allah (al-asma’al-husna). Ia juga adalah amalan penganut Islam dengan menyebut “sallalahu alaihi al-salam” setiap kali nama junjungan Nabi Muhammad disebut.
Dalam Islam, Allah SWT menyuruh hambanya untuk mengikut jalan
keredaan-Nya, agar tidak tergelincir daripada landasan Islam. Mereka
yang taat dan patuh kepada ajaran Islam yang sebenar, sudah pasti akan
mendapat ketenteraman dalam jiwanya (sakinah, al-Taubah, 9:26 & 40).
Hasilnya, ia akan membuahkan satu kehidupan yang aman dan damai.
Sebenarnya, keamanan datangnya daripada Allah. Allah berfirman bermaksud: “Dialah yang menurunkan ketenteraman ke dalam hati orang yang beriman agar mereka tetap dalam iman (kepada Allah)” (al-Fath, 48:4).
Keamanan tidak ditemui di luar dari hati manusia tetapi meresapi hati setiap individu yang seterusnya diterjemahkan ke dunia luar. Dari perspektif al-Quran, keamanan dapat dicari dalam tiga dimensi: Pertama, keamanan dan ketenteraman dalam hati. Kedua, keamanan dan ketenteraman dalam hati itu membawa kepada keamanan bersama Allah kerana beriman kepada-Nya. Ketiga, dari dimensi pertama dan kedua, ia melahirkan keamanan di dunia luar. Hakikatnya, ketiga-tiga dimensi keamanan ini sentiasa berkait rapat dan akan mempengaruhi antara satu sama lain.
Islam sebagai agama fitrah, tidak sama sekali mengajar keganasan dan peperangan. Ini disebut dalam Quran yang bermaksud: “Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari Kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya, dan mereka pula terus menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.” (al-Maidah, 5:64).
Begitu juga orang Islam diminta jangan sama sekali menolak pelawaan keamanan apabila peluang mendatang untuk menamatkan konflik. Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.” (al-Anfal, 8:39)
Allah menyuruh manusia supaya bertolong-tolongan dan bekerjasama dalam perkara kebaikan dan jangan sama sekali bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan (al-Maidah, 5:2) Ini dikuatkan dengan firman Allah SWT bermaksud: “Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.” (al-Maidah, 5:48)
Aman, tenteram, sejahtera, tenang, bahagia kurniaan Allah swt , akan mudah didapati bila sentiasa bersyukur dan qanaah serta sentiasa memaafkan.
BalasPadam