Berita baik bagi Barisan Nasional, mengikut satu kajiselidik terbaru yang dijalankan oleh Merdeka Centre, hasil menunjukkan perkara yang positif untuk negara. Kajian yang dijalankan bermula dari tempoh 28 April hingga 2 Mei mendapati majoriti rakyat Malaysia menerima PM Najib dan percaya kepada BN keseluruhannya.
Sebanyak 61 peratus responden berpuas hati terhadap prestasi PM Najib dalam melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai seorang perdana menteri Malaysia. Selain daripada itu, 50 peratus ataupun separuh daripada responden mempunyai persepsi positif terhadap BN.
Daripada jumlah peratusan yang disebut, Pakatan Rakyat hanya mendapat 34% persepsi positif daripada rakyat. Itu menunjukkan majoriti rakyat menerima kerajaan BN lebih daripada keyakinan mereka terhadap pembangkang rakyat yang hanya menunjukkan suku daripada jumlah peratusan responden.
Sebanyak 58 peratus responden Merdeka Centre ini merasakan Malaysia, secara keseluruhannya sedang berada di landasan yang betul. Antara isu-isu penting dalam kajiselidik ini adalah isu ekonomi, di mana majoriti
rakyat Malaysia berpuas hati dan memuji pembaharuan-pembaharuan ekonomi di
bawah PM Najib.
Hasil usaha program transformasi ekonomi yang diperkenalkan Najib dalam penggal yang lalu menunjukkan hasil ynag positif dan dapat dikatakan sebagai formula yang aling tepat untuk membantu perkembangan ekonomi negara.
Rakyat sudah pandai menilai dalam setiap perkara yang dilakukan, dan bukan sahaja dalam faktor ekonomi negara, malah dalam memenuhi keselesaan rakyat dalam menjalankan kehidupan seharian mereka.
Perkara tersebut turut dapat mencapai satu tahap yang agak memberangsangkan dan memberi impak positif kepada selurh negara terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Usaha-usaha kerajaan selama ini dalam menjaga kebajikan dan keperluan rakyat nampaknya menemui satu titik permulaan kepada kejayaannya sesuatu negara. Setiap nikmat yang diberikan dan disediakan kerajaan harus disykuri dan dimanfaatkan sebaiknya agar kesenangan dan kemajuan itu akan terus menjadi milik Malaysia.
Percayalah, segala perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kepada rakyat adalah untuk memastikan segenap masyarakat dapat menikmati kemajuan yang serata. Ini juga bagi memastikan agar wawasan 2020 yang telah dilakar Tun Mahathir dapat dicapai dalam masa tujuh tahun lagi dari sekarang supaya negara akan terus lebih maju dan berjaya.
Mandat kepada BN adalah amat penting dalam pilihan raya ke 13 kali ini supaya apa yang diidamkan rakyat selama ini melalui wawasan 2020 dapat dicapai dengan jayanya, Insyaallah.

Sikit ari najib gor akan kene pancung dek kaum UMporNO sendiri...
BalasPadam