BN Terus Kekal Releven Di Mata Rakyat

bn dihati rakyat

Pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya lebih baik berbanding pembangkang yang kuat beretorik. Malah kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menunjukkan rakyat Malaysia yakin terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Najib telah berhadapan dengan musuh-musuh yang lebih besar daripada PRU12, pada 2008 apabila pembangkang pada masa itu mempunyai kelebihan di laman media sosial sehingga membangkitkan tsunami politik di Malaysia dan mewujudkan kejutan apabila menawan beberpa negeri.

Kemenangan BN mengekalkan pentadbiran negara serta merampas semula Kedah adalah satu pencapaian yang sangat baik, dan tidak mengalami kekalahan kerana pembangkang yang dihadapi BN, dan Najib pada 5 Mei lalu lebih tersusun dan teratur beserta perancangan rapi.

Ia dibuktikan apabila BN bukan sahaja berjaya mengekalkan Perak yang bergoyang pada 2008, tetapi sebaliknya berjaya merampas kembali kerajaan negeri Kedah dari tangan PAS yang dipimpin  Azizan Razak sebelum ini.

Umno juga telah menambah bilangan kerusi yang dimenangi mereka, walaupun BN tewas 7 kerusi kepada pembangkang apabila Umno telah meningkatkan kerusi Parlimen yang diwakilinya daripada 79 kepada 88.

Bagi kerusi DUN juga menyaksikan peningkatan kerusi Umno daripada 239 pada 2008 kepada 242 pada 2013. Dengan kekuatan pembangkang, dan pengalaman 5 tahun mereka menyusun strategi memecah belahkan pengundi, BN sebenarnya menang pilihan raya kali ini.

Nyata strategi pembangkang, terutamanya PAS dalam PR tidak berjaya mendapat sokongan pengundi Melayu yang jelak dengan sikap 'flip-flop' PAS selepas bersama Pakatan. Ia menunjukkan juga bahawa pengaruh Anwarinas dalam PAS turut terkubur bersama pemimpin-pemimpin pro Anwar yang tewas, dan menyaksikan kumpulan ulama sekali lagi mendominasi kepimpinan PAS.

BN dan Umno sebaliknya meraih populariti dalam masyarakat Melayu memandangkan keyakinan mereka terhadap usaha kerajaan selama ini, dan tidak lagi memilih PAS untuk mewakili Melayu Islam kerana suara emreka tidak akan pernah kedengaran di kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Sebenarnya, paling aku bengang dgn PAS...apabila ckp x serupa bikin. Dlm ceramah2/kuliah2 agama, ckp bkn main bagus. Tpi bila tiba praktikal....fail. Ckp berpusing2. Tidak konsisten. Bgi penyokong2 tegar PAS...semua itu dieorg x kn nmpk. Tpi bgi pengundi atas pagar mcm sya.... mmg nmpk sgt sikap tidak konsisten PAS tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap2 pas berubah setalah nik ajis bersara dari MB...kenan sabar sikit bro...

      Padam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.