'Blackout' Hari Pengundian, Hanya Sandiwara Pembangkang

Blackout-sandiwara-pembangkang
Fitnah dan Pakatan Pembangkang boleh diibarat seperti isi dan kulit dan kini fitnah tersebut sudah sebati dengan jiwa pemimpin dan penyokong mereka.

Tanpa fitnah, persepsi jahat atau provokasi melampau yang direka sudah pasti Pakatan Pembangkang sudah lama berkubur dan hanya akan dikenang dalam lipatan buku sejarah negara.

Mereka boleh bertahan hingga sekarang disebabkan kerana perancang kepada segala fitnah ini masih lagi bernyawa dan sedang gila meroyan hendak jadi Perdana Menteri dengan perhimpunan 'Blackout' yang dianjur oleh balaci-balacinya.

Selepas tamat PRU13, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjadi mangsa utama fitnah Pakatan Pembangkang dan juga bahan hentaman penyokong mereka di laman sosial kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan di tangan Barisan Nasional (BN).

Namun segala fitnah yang dilancarkan terhadap SPR berjaya dipatahkan satu persatu dengan fakta serta hujah yang cukup menyakinkan. Antara fitnah yang sedang disensasikan Pembangkang sekarang berkenaan kisah kejadian lampu padam atau 'blackout' ketika waktu pengiraan undi.


Setelah disiasat, rupa-rupanya tak ada satu pun tempat mengundi di seluruh negara mengalami kejadian 'blackout' seperti yang diftnah Pembangkang walau disertakan foto seperti di atas sebagai 'bukti' untuk memburuk-burukan SPR. Namun ia terkantoi sekali lagi kerana foto tersebut disahkan palsu dan kejadian 'blackout' yang berlaku itu telah dirancang sebelum hari pengundian lagi.

Sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam atau blackout dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang tidak berasas dan sengaja direka-reka.

Biarpun Pakatan Pembangkang sering dibantu pihak Yahudi untuk merekasaya fitnah, tetapi rancangan mereka hanya berjaya setakat sekerat jalan sahaja kerana kurang membuat 'kerja rumah' dan kini terpakasa mencipta lebih banyak fitnah supaya terus kekal relevan dalam dunia politik tanah air. Usaha lagi ok!

Wak J | JERING Daily
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.