'Standard Reban' Lekehnya Angkatan Tentera Malaysia Di Mata Pembangkang

action-in-lahad-datu

Memang sia-sia sahaja selama ini bekas  Timbalan Panglima Tentera Darat Datuk Ghafir Abdul Hamid  berkhidmat untuk negara, bila mana penghujung hayatnya berkahir dengan gelaran 'tali barut'.

Kenyataan yang dilempar kepada Angkatan Tentera Malaysia di dalam forum anjuran Pakatan Pembangkang  baru-baru ini adalah amat tidak wajar dan dangkal sekali disaat parajurit negara sedang bertarung nyawa untuk memastikan kedaulatan negara tidak terancam.

Sekiranya bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera telalu bagus dalam mengatur strategi perang, sepatutnya dia lah diantara orang yang paling awal menawarkan diri  untuk berada di barisan hadapan melawan pengganas dan bukanya berdiri di pentas ceramah politik sambil memperleceh tugas orang lain.

Makin hari, makin ramai pula tali barut dari Pakatan Pembangkang mengkritik usaha dan pengorbanan pasukan kselamatan Malaysia di Sabah. Ada yang mengatakan itu hanyalah sandiwara, ada pula cuba menyemai hasrat dan menghasut agar cawangan Khas dan SB PDRM perlu dimansuhkan dan lebih menyedihkan serta menyayat hati, apabila kenyataan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat tersebut memperlekeh kemampuan askar Malaysia dengan memberi gambaran bahawa 'standard' pasukan keselamatan negara di Lahad Datu hanya berada di....BAWAH RUMAH ORANG DAN REBAN AYAM?

Wali Terompah | Jering Daily.com

KUALA LUMPUR 13 Mac - Menyedari masyarakat tidak menerima sebaliknya mengutuk mereka kerana mendakwa pencerobohan pengganas di Sabah sebagai sandiwara, pentas-pentas ceramah pembangkang kini beralih pula memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara.

Terbaru malam tadi, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau dengan mudah membuat kesimpulan sendiri bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh ATM telah membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana. Ghafir juga seolah-olah memperkecilkan peranan pasukan keselamatan apabila mendakwa Ops Daulat telah gagal pelaksanaannya sehingga ke hari ini.

Ketika berucap ketika menjadi anggota panel 'Forum T' anjuran Akademi Pak Sako bertajuk Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini, beliau berkata:

"Tiada misi jelas dalam operasi ketenteraan di Lahad Datu, kita tengok sekarang tentera duduk di bawah rumah orang, di reban ayam. Sepatutnya agensi keselamatan lain yang buat itu"

"Kerajaan juga gagal menafsir Perjanjian Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai operasi pada peringkat awal.

"Sepatutnya dari awal lagi kerajaan mengklasifikasikan pengganas Sulu sebagai aggressor (penyerang) bukan intruder (penceroboh) agar ATM boleh terus ambil tindakan dari awal."

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor portal pro pembangkang, Malaysiakini, Fathi Aris Omar.


UTUSAN ONLINE
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.