'Saya Tak Kisah' Punca Penularan Budaya LGBT Di Kalangan Pelajar Sekolah Dan IPT

Khalid-Ismath-sokong-lgbt

KUALA TERENGGANU: Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini semakin membimbangkan kerana turut membabitkan pelajar sekolah menengah selain pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kata pakar motivasi dan kaunseling Hushim Salleh.

"LGBT tidak memilih bulu sama ada tua atau muda, lelaki atau wanita, golongan menengah atau rendah semua boleh terlibat di mana apabila terperangkap dengan LGBT, ia sukar untuk dipulihkan.
"Kita sangat bimbang dengan gejala ini kerana ia boleh membawa penyakit seperti HIV, sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan sebagainya," katanya selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Kesedaran LGBT kepada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.

Hushim, pemilik Syarikat Hushim Motivational & Counseling Consultancy yang banyak menangani kes-kes LGBT, berkata apa yang paling menyedihkan terdapat kes guru di sekolah agama yang mengambil kesempatan melepaskan nafsu songsang terhadap pelajarnya sendiri.

"Biasanya di sekolah agama...mangsa tidak tahu hendak mengadu kepada siapa dan kebanyakan kes hanya diam dan berlalu begitu saja tanpa sebarang tindakan terhadap pelaku," katanya.

Hushim berkata, walaupun tidak ada jumlah sebenar kes LGBT yang dicatat di negara ini, namun daripada kajian yang dijalankan ia lebih menakutkan daripada gejala penagihan dadah.

Beliau berkata, pengamal LGBT sukar dikenal pasti kerana mereka boleh bertukar perwatakan pada waktu dan keadaan tertentu dan mereka sukar untuk dipulihkan kerana ia membabitkan naluri manusia.
Bagaimanapun, katanya, pengamal LGBT boleh dipulihkan sekiranya mereka mempunyai keinsafan untuk berubah dengan menyertai seminar pencegahan dan ceramah termasuk ceramah agama.

Hushim turut memuji langkah UniSZA menganjurkan seminar seumpama itu yang dapat membendung gejala itu daripada menular di universiti itu. - BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Kepala otak kau...tak guna kuasa??? DAP di Penang buat semula apa yang kerajaan PP BN dulu nak buat... DAP bantah. Lalu diberhenti projek tu... Bila dah perintah, dalam diam2 PRU13 nak dekat PROJEK jalan balik...tak umum pun kat rakyat PENANG...??? tup-tup PROJEK jalananann.....!!! itu bapak hang guan eng x salahguna kuasa??? apa leh buat, hang jenis keturunan paria bin anak lelaki yahudi.... mau sedaq diri... jaga anak cucu cicit lu... akan rempat tepi jalan tiada sapa bela pun... Al Juboq? Saidina Umaq Penang? pork nik? Sendiri mau ingat

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.