Penyokong DAP Tunjuk Isyarat Lucah Pada Permaisuri Agong Dibayar UMNO?

Leong-Pei-Koe-Dap

Para cybertrooper Pakatan Pembangkang sekarang ini sedang sedaya upaya mereka cuba menepis segala dakwaan yang mengatakan bahawa remaja cina yang menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong itu bukan dari kalangan penyokong Pakatan.

Sebaliknya mereka menyalahkan UMNO kerana menjadi dalang merancang perlakuan tidak senonoh remaja cina tersebut.

Seperti mana yang disaran oleh Dr Hassan Ali dalam kenytaan medianya, pihak berkuasa tidak perlu menungggu sebarang laporan polis di buat oleh orang awam sekiranya sudah terdapat bukti jelas menunjukkan bahawa remaja cina tersebut melakukan perbuatan tersebut.

Perlakuan biadap sebegini berlu ditangani secara tegas oleh pihak berkuasa denagan mengikut peruntukan undang-udang sedia ada supaya ia tidak menjadi contoh ikutan kepada yang lain pada masa akan datang.

Amalan biadap begini biasanya dipelopori oleh pihak Pembangkang Malaysia berdasarkan tingkah laku kurang ajar yang sering ditonjolkan oleh penyokong mereka sebelum ni apabila ingin menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pihak kerajaan.

Tidak mustahil perbuatan remaja tersebut juga telah didorang oleh pihak tertentu yang ingin menimbulkan keadaan tidak stabil dalam negara dengan menjadikan institusi raja sebagai modal politik kotor mereka - Wak J | JERING Daily.com

GEORGETOWN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata, dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.

"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu.

"Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek...dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hatta berkata, suspek ditahan reman sehingga 14 Februari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan.

Sementara itu, Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Wangsa Malaysia cawangan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dekat sini berhubung perkara itu.

Pengerusinya, Azhar Abdul Majid berkata, tindakan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong adalah satu tindakan yang biadap.

"Kami tidak berpuas hati dengan tindakan yang langsung tidak menghormati baginda. Kami datang ke balai polis ini untuk meminta polis menyiasat dan kemukakan perkara ini ke muka pengadilan," katanya.

Beliau meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek supaya perkara itu tidak berulang. - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.