Harap tak ada yang terasa. Memang tak dapat dinafikan terdapat segelintir pejawat awam yang bekerja makan gaji dengan Kerajaan didapati terbabit dengan kegiatan politik tanpa kebenaran atau berpolitik pada waktu kerja.
Mereka beranggapan, tidak perlu bekerja bersungguh-sungguh kerana kerajaan yang memerintah hari ini tidak betul dan korup walau tiap-tiap bulan gaji dan elaun yang diterima penjawat awam ini sedikit pun tak pernah dipertikai.
Terdapat juga sebilangan dari golongan ini tanpa segan silu mendedahkan diri bahawa mereka adalah penyokong tegar pembangkang. Apa yang tidak menyenangkan apabila segelintir dari mereka ini juga cuba menghasut penjawat awam lain agar membenci majikanya dengan perlbagai dakyah dan fitnah jahat yang disebar di kafeteria atau kantin-kantin pejabat Kerajaan.
Sudah tiba masanya pihak Kerajaan menapis secara terperinci segala permohonan kerja di sektor awam agar dapat mengelak dari penjawat awam mensabotaj segala dasar-dasar baik kerajaan yang telah dirancang unutk disampaikan kepada rakyat. Jangan dibiar parasit-parasit Pembangkang ini terus bermaharajalela menghuni penjabat kerajaan kerana ia akan mendatangkan mudarat yang sukar ditangani.
Wali Terompah | Jering Daily.com
KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang didapati terbabit dengan kegiatan
politik tanpa kebenaran daripada ketua jabatan ataupun berpolitik dalam
waktu kerja boleh dikenakan tindakan tatatertib, kata Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mengeluarkan Pekeliling yang membenarkan kumpulan pelaksana iaitu dari Gred 1 hingga Gred 40 terbabit di dalam politik dan mereka perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam pekeliling terbabit.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mengeluarkan Pekeliling yang membenarkan kumpulan pelaksana iaitu dari Gred 1 hingga Gred 40 terbabit di dalam politik dan mereka perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam pekeliling terbabit.
Syarat-syarat tersebut antaranya mesti mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan dan berpolitik selepas waktu pejabat.
"Kalau ada kes (yang melanggar syarat tersebut), kita patut bertindak di atas maklumat yang tepat, tidak boleh bertindak atas dasar orang kata itu, orang kata ini," katanya dalam sesi soal jawab pada perhimpunan khas bersama pemimpin Cuepacs di sini hari ini.
Seorang wakil Kedah mencadangkan agar kerajaan mengambil tindakan segera ke atas penjawat awam yang terlibat secara langsung dalam politik pembangkang kerana ia dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada sektor awam. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.