Pelakon Watak Wolverine Dituduh Gay



Harap tak betul lah segala tuduhan yang dilemparkan kepada pelakon cerita X-Men ni. Muka macho dan sudah beristeri tiba-tiba timbul pula dakwaan yang mengatakan dia ni peminat kaum sejenis.

Tapi dalam dunia akhir zaman ini macam-macam boleh berlaku, ada yang nampak macam alim-alim di depan mata dan khalayak ramai, bila di belakang hanya Tuhan sahaja yang tahu dia punya perangai.

Minta dijauhi kita dari perkara begini. Jangat buat perkara yang Nabi tak ngaku umat sudah, api neraka lah jawabnya nanti.

Puteri Aurora | Jering Daily.com

LOS ANGELES: Isteri kepada aktor Hugh Jackman iaitu Deborra-Lee Furness berasa bosan dan bimbang kerana terus mendengar khabar angin kononnya suaminya seorang lelaki homoseksual.

Lee-Furness berkata, mereka masih diselubungi khabar angin itu walaupun sudah berkahwin sejak 1996.

Desas-desus itu, katanya, semakin diperkatakan selepas Jackman membintangi watak ikon lelaki gay Peter Allen pada pementasan muzikal Broadway berjudul The Boy From Oz.

Menurut laporan hollywoodreporter.com, spekulasi yang berlanjutan mengenai perkara itu mengecewakan isterinya.

“Khabar angin itu kembali diperkatakan baru-baru ini dan menimbulkan kemarahannya (isteri).
“Dia (isteri) berkata, ‘Ia (gosip) sangat besar dan meluas (di internet),” kata Jackman.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.