Kira-kira 200 juta penduduk di China dijangka menaiki kereta api balik ke kampung halaman untuk cuti perayaan itu hujung minggu ini dalam apa yang disifatkan sebagai balik kampung tahunan terbesar dunia.
Tahun ini, blog mikro China dipenuhi dengan maklumat gajet yang mungkin membantu menjadikan perjalanan lebih selesa.
Tidak selesa
Satu daripadanya digelar ‘Hard Seat Treasure,’ batang besi dengan pad dilekatkan padanya untuk penumpang yang mengantuk dan memastikan dia tidak jatuh daripada kerusi apabila tertidur. Tetapi, tidak semua menyukainya.
“Ia berat untuk dibawa,” kata Li Kang dari wilayah barat daya Guizhou yang mencubanya.
“Apabila saya bersandar, tubuh rasa tak selesa.”
Bekas guru fizik dan pencipta amatur Zhou bersetuju. Dia mencipta ‘Grass Roots Travel Treasure’, troli kelihatan seperti pemegang besi pencuci lantai yang boleh dilipat menjadi kerusi. - REUTERS
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.