Meskipun Parlimen dijangka memberi kelulusan awal ke atas draf undang-undang dalam isu itu, hampir separuh daripada 303 ahli perundangan Konservatif termasuk beberapa menteri Kabinet akan mengundi menentangnya atas sebab moral dan agama.
Pengkritik draf undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis
berkata, isu itu tidak penting bagi orang ramai dan hanya membawa kepada
pertelingkahan.
Menunjukkan isu itu hanya memberi masalah kepada Cameron, Menteri Kewangan, Setiausaha Luar dan Menteri Dalam Negeri menulis surat bersama untuk disiarkan akhbar bagi menggesa ahli perundangan parti menyokong.
Beberapa tinjauan pendapat menunjukkan pandangan umum menyokong Cameron.
Tinjauan YouGov bagi akhbar Sunday Times menunjukkan 55 peratus menyokong supaya undang-undang mengesahkan perkahwinan sejenis manakala 36 peratus menentang.
Bagaimanapun, tinjauan yang sama menunjukkan perkara berkenaan bukan keutamaan bagi pengundi kerana berada di kedudukan ke-12 daripada 15 isu utama bagi pilihan raya akan datang.
Undang-undang baru mencadangkan perkahwinan sejenis di England dan Wales dibenarkan mulai 2014.
Undian mengenainya diadakan semalam dan ahli perundangan bebas membuat pilihan kerana pemimpin parti tidak menetapkan sebarang pendirian.
Bagaimanapun, pekerja parti Konservatif menggesa Cameron menangguhkan pengundian kerana percaya ia melemahkan parti dan menjejaskan peluangnya menang pilihan raya seterusnya.
Isu ini membawa masalah kerana kami tidak berkempen atas perkara ini pada 2010, kata seorang ahli perundangan Konservatif, David Burrowes - REUTERS
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.