Syabas keapda Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib di atas usaha beliau bersama barisan kabinetnya dalam mempertingkatdan mengembangkan lagi pertumbuhan eknomi negera.
Dengan berita perkembangan ekonomi negara ini di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sudah tentunya akan mengundang rasa tidak senang hati pada pihak Pembangkang terutama sekali Anwar Ibrahim yang selama ini tidak pernah jemu menjanja cerita buruk tentang negaranya sendiri.
Teruskan usaha yang telah dilakukan untuk memajukan ekonomi ngara dan mensejahterakan hidup rakyatnya. Persetankan Pakatan Pembangkang!
Anwar al Juburi | Jering Daily.com
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 5.6
peratus tahun lepas berbanding 5.1 peratus pada 2011, demikian menurut
Bank Negara Malaysia pada Rabu.
Bank pusat itu berkata, meskipun persekitaran ekonomi global yang
mencabar,ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sebanyak
6.4 peratus pada suku keempat tahun lepas.
Jumlah pelaburan kekal teguh dan menjadi pendorong utama pertumbuhan semasa suku berkenaan, katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Bank Negara, pertumbuhan penggunaan swasta terus kukuh walaupun walaupun meningkat pada kadar yang lebih sederhana.
Pertumbuhan pada suku tersebut juga dibantu oleh eksport bersih yang mencatat kadar kemerosotan yang lebih kecil.
Dari segi penawaran, kebanyakan sektor ekonomi mencatat pertumbuhan yang bertambah baik pada suku keempat.
Permintaan dalam negeri terus berkembang pada kadar 7.5 peratus
dengan pembentukan modal tetap kasar kekal kukuh, mencatat pertumbuhan
dua angka sebanyak 15 peratus pada suku keempat.
Pelaburan sektor swasta meningkat sebanyak 20.2 peratus, disokong
oleh perbelanjaan modal dalam subsektor perkilangan berorientasikan
pasaran dalam negeri dan perkhidmatan berkaitan pengguna, iaitu
telekomunikasi, harta tanah dan penerbangan serta projek dalam sektor
minyak dan gas yang sedang dilaksanakan.
Pelaburan juga disokong oleh penambahan kapasiti dalam kelompok
perkilangan berkaitan sumber dan perbelanjaan modal dalam bidang-bidang
pertumbuhan baruseperti peralatan perubatan dan komunikasi.
Pelaburan awam berkembang sebanyak 11.1 peratus, didorong oleh
perbelanjaan modal perusahaan awam dalam sektor pengangkutan, utiliti,
minyak dan gas serta komunikasi, kata Bank Negara.
Sementara itu, penggunaan swasta mencatat pertumbuhan 6.1 peratus
pada suku keempat, disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang stabil dan
sentimen pengguna yang bertambah baik.
Menurut bank pusat, pertumbuhan yang lebih kukuh pada separuh pertama
tahun 2012 mencerminkan kesan daripada pelbagai bantuan kerajaan kepada
sektor isi rumah yang diberikan pada tempoh tersebut.
Penggunaan awam meningkat sebanyak 1.1 peratus, berikutan
perbelanjaan yangberterusan untuk emolumen meskipun perbelanjaan
terhadap bekalan danperkhidmatan lebih rendah.
Dari segi penawaran, pertumbuhan kebanyakan sektor ekonomi bertambah baik pada suku keempat.
Pertumbuhan dipacu oleh sektor perkilangan dan perkhidmatan selain
disokong oleh permintaan dalam negeri dan persekitaran luaran yang
beransur-ansur baik, kata bank pusat.
Sektor pertanian berkembang dengan lebih cepat berikutan pengeluaran
minyak sawit mentah dan hasil ternakan ayam itik yang lebih tinggi,
manakala pertumbuhan sektor perlombongan pula kembali pulih
berikutanpengeluaran gas asli yang meningkat semula.
Pertumbuhan sektor pembinaan pula terus kukuh, didorong oleh subsektor kejuruteraan awam dan kediaman.
Menurut Bank Negara, kadar inflasi keseluruhan, seperti yang diukur
olehperubahan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna (IHP), terus menjadi
sederhanakepada 1.3 peratus pada suku keempat, mencerminkan inflasi
kategori makanan danminuman tidak beralkohol yang lebih rendah.
Mengenai masa depan, terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi global akan
menjadi bertambah baik dengan penunjuk ekonomi terkini juga
menggambarkan prestasi pertumbuhan Asia yang semakin stabil.
Namun, di sebalik perkembangan yang lebih menggalakkan ini, banyak
lagi cabaran struktur yang masih wujud dalam ekonomi maju, yang boleh
mengekang prospek pemulihan ekonomi yang lebih kukuh.
Menurut Bank Negara, khususnya, beberapa ekonomi maju akan terus
berusaha untuk menangani isu-isu berkaitan dengan kemampanan fiskal dan
keadaan pasaranpekerja yang berterusan lemah.
Bagi pasaran sedang pesat membangun, dasar monetari yang amat
akomodatif yang terus dilaksanakan dalam ekonomi maju yang utama,
memerlukan pengawasan teliti memandangkan kemungkinan terdapatnya kesan
daripada lebihan mudah tunai global ke atas inflasi harga aset.
Bagi ekonomi Malaysia, aktiviti dalam negeri yang terus berkembang
dijangka terus memacu pertumbuhan, disokong oleh pengembangan sektor
swasta yang mampan.
Bank Negara berkata keadaan luaran yang semakin stabil juga dijangka menyokong prospek pertumbuhan ekonomi negara. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.