Alhamdullilah..Murah rezeki bagi sesiapa yang menjadi peneroka Felda. Dalam kekalutan Pakatan Pembangkang dengan segala macam dakwaan yang buruk-buruk tentang FGV, masyarakat Felda terus tersunyum riang dan bersyukur dengan rezeki pemberian Allah ini.
Pengumuman pemberian durian runtuh (dividen) terbaru oleh FELDA melalui anak syarikatnya FELDA Global Ventures Holdings
Bhd (FGVH) sudah pasti telah membuatkan Pakatan Pembangkang sekali lagi berputih mata.
Segala racangan jahat yang dijana Pakatan Pembangkang menerusi sebuah pertubuhan haram yang menggelarkan diri sebagai ANAK untuk menggagalkan segala usaha yang dilakukan FELDA untuk menaikan taraf hidup peneroka selama ini ternyata tidak menjadi.
Pegumuman pemberian dividen ini juga tentunya telah memberi tamparan hebat kepada Pembangkang sekaligus telah menafikan segala dakwaan sebelum ini yang mengatakan bahawa saham FGVH hanya akan merugikan Peneroka...
Wak J | Jering Daily.com

Kuala Lumpur: Kira-kira 112,635 peneroka FELDA akan menerima dividen
hampir RM1,000 seorang, hasil kejayaan FELDA Global Ventures Holdings
Bhd (FGV) meraih pendapatan RM12.89 bilion bagi tahun kewangan berakhir
31 Disember 2012.
Melalui Tabung Amanah Peneroka, setiap peneroka yang juga pemegang saham FGV akan menerima RM550 bagi bayaran kedua dividen selepas bayaran dividen pertama RM356 pada 22 Oktober lalu.
Melalui Tabung Amanah Peneroka, setiap peneroka yang juga pemegang saham FGV akan menerima RM550 bagi bayaran kedua dividen selepas bayaran dividen pertama RM356 pada 22 Oktober lalu.
Bayaran melalui tabung itu berdasarkan dividen akhir 8.5 sen
sesaham atas 20 peratus saham yang dipegang oleh FELDA berjumlah RM62.02
juta.
Dividen itu adalah tambahan kepada dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham berjumlah RM40.13 juta yang dibayar Oktober lalu, sekali gus menjadikan jumlah dividen tahun lalu 14 sen sesaham.
Presiden Kumpulan FGV, Datuk Sabri Ahmad, ketika taklimat media mengenai keputusan itu, berkata pembayaran dividen juga dijangka memanfaatkan kira-kira 67,365 pemegang saham lain.
Berita Harian
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.