Bakal Presiden PAS, Mat Sabu Akan Disaman Kerana Memfitnah

mat-sabu-fitnah-spr

Kuat sungguh kalangan pemimpin politik parti Islam (PAS) menabur fitnah. Kerja memfitnah bagai sudah menjadi punca rezeki buat mereka. Apa sudah tidak takut pada dosa atau sememangnya kulit badan si kaki fitnah ini sudah terlalu tebal sehingga dapat menahan panas api neraka apabila diazab kelak?

Pesanan buat Timbalan Pengerusi SPR, kalau hendak saman tu biar sampai tinggal bulu. Inilah masanya nak cari duit mudah. Mat Sabu tu pun bakan tak ada duit sejak jadi tali barut komunis DAP Pulau Pinang. Saman je terus tak payah tunggu permohonan maaf.

Anwar Al Juburi | Jering Daily.com
mohd-sabu21
Mat Sabu Si Tukang Fitnah
SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang membuat kenyataan berkaitan 'projek IC' Sabah baru-baru ini.

Menurutnya, notis tuntutan memohon maaf telah dihantar kepada Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu pada 7 Februari lalu dan diberi tempoh tujuh hari untuk berbuat begitu.

Beliau berkata, dakwaan Mat Sabu dalam Harakah bertajuk "Ragu Peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan" telah memfitnahnya.

"Kalau dia (Mat Sabu) buat sedikit penyelidikan dan semakan mesti dia tahu cerita sebenar, tapi niat jahatnya itu, ikut fakta tak penting tapi yang penting fitnah untuk tarik orang baca dan tujuan lain yang mereka mahukan.

"Banyak pihak keliru dengan laporan tersebut.

"Jadi saya telah menghantar notis tuntutan kepada Mat Sabu untuk memohon maaf sehingga esok, kalau gagal saya akan failkan saman terhadapnya," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, hari ini.

Dalam laporan Harakah baru-baru ini, Mat Sabu menggesa Wan Ahmad meletakkan jawatan segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR kerana beliau tidak boleh dipercayai lagi.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, setiap ahli politik perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat semasa berkempen atau sebagainya.

Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata, pengalaman yang dilaluinya melihat kebanyakan pemimpin pembangkang yang membuat fitnah tidak akan memohon maaf.

"Kita tak boleh biarkan orang yang tak bertanggungjawab dibiar begitu sahaja.

"Ini pertama kali saya ambil tindakan ini, sebab terlalu banyak fitnah kepada kakitangan SPR termasuk pegawai, timbalannya, terutama semasa kempen untuk pancing undi.

"Saya dah bagi tempoh, tapi ikut pengalaman pemimpin pembangkang sukar untuk mohon maaf," katanya.

Sebelum ini, notis telah dihantar kepada pihak defenden iaitu Mat Sabu, Pas, Angkatan Edaran Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar Harakah dan penulis artikel tersebut - Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.