Usir Ushawan Bumiputera, Manifesto PR Selangor Hanya Sekadar Retorik


Kuala Lumpur: Tindakan kerajaan Selangor mengusir usahawan Bumiputera dari premis niaga mereka membuktikan manifesto dicanangkan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu hanya retorik semata-mata.

Janji memastikan kebajikan rakyat terbela juga taktik meraih simpati politik tanpa inisiatif untuk melaksanakannya.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata tindakan itu membuktikan kerajaan Selangor kesempitan kewangan dan menjadikan usahawan Bumiputera ‘kambing hitam’ untuk menyelamatkan ekonomi negeri dan meningkatkan hasil.

“Saya harap 351,000 peniaga kecil berdaftar di Selangor bijak memilih pada PRU-13 nanti. Fikir masak-masak siapa patut kita undi, yang menindas atau yang tidak jemu membantu mengukuhkan ekonomi. Kerajaan Selangor sepatutnya beri peluang usahawan Bumiputera terus berniaga, bukan tutup periuk nasi mereka,” katanya ketika dihubungi BH.

Beliau mengulas pendedahan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang (PKMK), Datuk Abdul Rahim Ibrahim bahawa peniaga Bumiputera di Selangor berdepan tekanan serta diusir seorang demi seorang dari premis masing-masing sejak 2008 melalui pelbagai helah, antaranya menaikkan sewa sehingga ke tahap tidak masuk akal.

Naib Presiden Persatuan Usahawan dan Industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Bumiputera Malaysia, Ir Aziz Ismail, menyifatkan masa depan usahawan Bumiputera dan ekonomi negara bukan perkara yang patut dijadikan bahan politik.

“Banyak lagi perlu kita fikir untuk memastikan agenda pembangunan ekonomi negara dapat dijayakan. Tindakan mempertaruhkan masa depan usahawan Bumiputera yang menyumbang kepada ekonomi kita adalah perkara sia-sia,” katanya.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Datuk Moehamad Izat Emir, pula meminta kerajaan negeri berhati-hati dalam mengambil tindakan ke atas peniaga kerana langkah yang salah akan menutup mata pencarian golongan berkenaan.
Sumber: Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.