Pentas Ceramah Bergegar, Hassan Ali Lepas Geram Pada PAS Dan Nik Aziz

PRU13 sudah semakin hampir, menurut perkiraan beberapa orang pakar analisa pilihanraya menjangkakan pembubaran Parlimen akan berlaku dalam masa tiga minggu sahaja lagi.

Malam semalam di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi penulis berkesempatan mengahadiri satu sesi penerangan yang dianjurkan oleh sekateriat Jom Tolak Pakatan. Sesi penerangan itu juga turut disensasikan oleh beberapa orang tokoh yang sangat dikenali ramai, antaraya ialah Datuk Hassan Ali, Kalai Vanar dan Datuk Gani Harun yang mewakili Senator Ezam Mohd Nor.

jom tolak pakatan

Biarpun jumlah 'crowd' yang hadir tak seramai seperti Perhimpunan Kebangkitan Shamsidar anjuran Pakatan Pembangkang, namun sesi pencerahan yang disampaikan oleh ketiga-tiga penceramah tersebut berjaya menghangatkan susana dengan pelbagai pendedahan tentang keburukan pemimpin Pakatan Pembangkang.

Satu per satu isu dikupas tanpa sebarang kiasan atau tapisan. Antara isu yang paling mendapat perhatian ialah pendedahan dari Hassan Ali berkenaan isu pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang sedang hangat menjadi bahan bualan hingga ke hari ini.

Pada akhir sesi cermah malam tadi, kaunter pendaftaran bagi mereka yang tidak pernah mempunyai lesen menunggang motorsikal telah diserbu oleh penduduk sekitar sejak ia dibuka. Rata-rata yang sudah berdaftar memuji bahawa program BL1M ini sangat berfaedah dan membantu golongan yang kurang berkemampuan agar merasa selamat dan selesa di jalanraya apabila mendapat lesen yang sah kelak.

P|S: Visual rakaman berkenaan ceramah Hassan Ali di Seksyen 5 Bandar Baru Bangi akan dimuatnaik sedikit masa lagi. Harap dapat bersabar..


jom tolak pakatan

jom tolak pakatan

jom tolak pakatan

jom tolak pakatan

jom tolak pakatan

jom tolak pakatan


Jom Tolak Pakatan

jom tolak pakatan

Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.