GEORGE TOWN: Pooi Weng Keong meletakkan jawatan daripada
kedudukan beliau sebagai pengarah pilihan raya DAP berikutan kesilapan
dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Jumaat berkata Pooi juga
meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa DAP Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata Pooi mengakui kesilapan beliau dan mengaku
bertanggungjawab penuh di atas kesilapan yang dilaporkan sehingga
menyebabkan calon yang berada pada kedudukan 31 hingga 38 dan mereka
pada kedudukan 61 hingga 68 diberikan bilangan undi yang sama.
Lim mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa eksekutif pusat
parti (CEC) kerana menerima pakai keputusan beliau untuk mengumumkan
keputusan yang diperbetulkan walaupun ia memberikan publisiti negatif
terhadap parti.
"Kita perlu memberitahu perkara sebenar. Kita tidak akan hidup dalam
pembohongan. Parti tidak akan hidup dalam pembohongan. Ini (keputusan
yang diperbetulkan) perlu diperjelaskan.
"Kami telah melantik pasukan audit dalaman yang diketuai oleh Dr Ong
Kian Ming dan melantik juruaudit bebas luar untuk mengesahkan
keputusan," katanya.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata DAP mahu sebuah
firma perakaunan untuk mengendalikan pilihan raya parti itu pada masa
depan untuk mengelakkan sebarang masalah.
Pada Jumaat, dilaporkan bahawa Zairil Khir Johari, yang pada mulanya
berada dalam kedudukan 39, kini telah berada pada kedudukan ke-20,
memperoleh kedudukan terakhir ahli dalam CEC.
Zairil, yang sebelum ini dikatakan telah mendapat 305 undi,
sebenarnya mendapat 803 undi, meletakkan beliau dalam kedudukan ke-20.
Vincent Wu, yang pada mulanya diumumkan mendapat tempat keenam dengan
1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti mendakwa dia
sebenarnya hanya mendapat 669 undi.
Sumber: Mstar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.