Nik Aziz Sedia Disiasat, Tapi Beranikah SPRM Menyiasat?


Tak masuk syurga kalau dakwa 'tok guru' salah guna kuasa..

Beranikah pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap kes dakwaan penyelewangan dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan jika ia melibatkan menteri besarnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Jika disoroti dari kes penyelewengan atau salah guna kuasa yang lepas, di mana ia melibatkan Nik Aziz atau ahli keluarganya, pasti akan dibiar sepi begitu sajaha tanpa sebarang siasatan lanjut dan terperinci atau dalam bahasa mudahnya 'tiada kes'.

Adakah dalam isu skandal tanah Kelantan yang melibatkan dua pemimpin kanan DAP Perak ini akan mengalami nasib serupa, disiasat secara hangat-hangat tahi ayam dan di penghunjung siasatan itu nanti mendapati tiada kes  juga.

Diharap, dalam siasatan kes skandal tanah kali ini, pihak SPRM cawangan Putrajaya sendiri melakukan siasatan, agar setiap dakwaan dan bukti penyelewengan yang telah diserahkan itu disisat secara telus tanpa memilih bulu.

Sebelum ini terdapat banyak dakwaan memberi tahu bahawa pegawai-pegawai SPRM cawangan Kelantan adalah dari kalangan 'ore kito'. Mungkin sebab inilah setiap kes penyelewengan yang diadukan berlaku di negeri Cik Siti Wan Kembang itu tidak dijalankan siasatannya secara menyeluruh dan serius.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menerima dengan terbuka syor diadakan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat secara terus berhubung isu pajakan tanah seluas 4,000 hektar kepada syarikat yang kini dimiliki dua pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya terbuka kepada apa jua bentuk siasatan kerana kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar telus dalam pentadbirannya.

Menurutnya, pegawainya telah pun menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat.

“Saya beri peluang kepada orang buat apa sahaja termasuklah suruhanjaya diraja atau apa sekalipun. Saya selalu sebut, pejabat saya dibuka 25 jam sehari dan bukannya 24 jam.

“Dengan cara itu saya sendiri selalu beringat, pegawai sendiri selalu beringat, kerana apa? Kerana Menteri Besar sebut 25 jam buka pejabat untuk disiasat,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baru sempena Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengulas desakan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu suruhanjaya ditubuhkan bagi merungkai rasa tidak puas hati rakyat negeri ini berhubung penjelasan yang dibuat kerajaan negeri berhubung pajakan tanah tersebut - Sinar Harian
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Aku Sayang Tun Mahathir6 Januari 2013 pada 11:47 PTG

    SPRM mana ada telor bai?....sb tu Pork Nick berani cakap lagu tu!!! termasuk la pemantau SPRM (berapa beruk tu?)..

    semuanya dah diformat. Kesian DS Najib..sana sini agensi kerajaan jadi biawak idup!!!

    Moga ALLAH SWT beri kekuatan kepada DS Najib dan pelihara MALAYSIA.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.