KUALA LUMPUR: Sokongan masyarakat India terhadap pakatan pembangkang kini merosot oleh kerana masyarakat itu telah dan akan terus menerima manfaat besar daripada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel berkata ini
kerana, masyarakat itu menyedari bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional
(BN) dan perdana menteri mampu menentukan masa depan mereka. Beliau
berkata sokongan mereka semakin kukuh terhadap BN selepas mereka
menerima faedah besar, khususnya di bidang pendidikan, program
pembangunan perkhidmatan awam, ekonomi dan program sosial yang diterajui
Najib.
"Masyarakat India kini lebih berpengetahuan dan lebih menyedari
tentang keikhlasan kerajaan dalam membantu mereka. "Kurangnya
penyertaan kaum India di perhimpunan semalam merupakan bukti langsung
mengenai kesedaran mereka tentang siapa sebenarnya yang boleh memberi
khidmat bagi melindungi kebajikan mereka dengan lebih baik," katanya
kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Ponggal di Kuil Maha Mariamman
di Batu Caves di sini, Ahad.
Palanivel menarik perhatian bahawa pelbagai inisiatif transformasi
Najib merupakan usaha utama yang telah berjaya memenangi kembali
sokongan masyarakat India, dan satu lagi kriteria kemenangan yang ada
pada Najib ialah pendekatannya 'turun padang'.
"Jumlah bantuan kepada kuil, sekolah Tamil dan bantuan kewangan
pelbagai bentuk untuk usahawan India menunjukkan bahawa Datuk Seri Najib
khususnya, amat menyedari dan mengetahui tentang keperluan masyarakat
berkenaan," kata beliau.
Palanivel menggesa masyarakat India kekal bersatu padu bagi
menentukan mereka mencapai kejayaan besar pada pilihan raya Umum ke-13. -BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.