Menurut laporan Contact Music, Liberty mengambil keputusan
untuk bercerai pada Jumaat lalu selepas suaminya itu ditangkap
menjalinkan hubungan sulit dengan aktres Kristen Stewart beberapa bulan
lalu.
Liberty yang juga seorang pelakon turut melantik barisan peguam bagi
mewakilinya di mahkamah untuk menuntut hak penjagaan anak-anak mereka,
nafkah dan sebagainya.
Rupert juga dilaporkan tidak berdiam diri apabila turut membuat tuntutan sama terhadap isterinya di mahkamah.
September tahun lalu, pasangan itu dilihat bermesra di khalayak
selepas insiden penyebaran gambar Rupert dan Kristen tersebar. Namun
usaha berbaik-baik itu menemui jalan buntu.
Seperti pasangan itu, hubungan Kristen dan kekasihnya iaitu Robert
Pattinson juga mengalami masalah akibat kejadian itu dan dikhabarkan
telah memutuskan hubungan mereka.
Sumber: Mstar
Sumber: Mstar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.