PETALING JAYA: Kenyataan pelakon Patrick Teoh yang menghina
agama Islam menerusi laman sosial Facebook miliknya harus dijadikan
pengajaran buat semua masyarakat di negara ini.
Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam berkata, sebagai
'orang lama' dan dikenali dalam industri seni tempatan, Patrick sebagai
seorang selebriti yang dikenali tidak wajar mengeluarkan kenyataan
sedemikian yang menyentuh sensitiviti masyarakat beragama.
"Tidak kiralah agama apa sekalipun, sebagai masyarakat yang hidup
berbilang kaum, kita harus tahu batas-batas percakapan yang kadang kala
mampu mengundang sensitiviti kepada lain.
"Kenyataan yang dikeluarkan Patrick dalam Facebook miliknya harus
diberi pengajaran buat semua orang agar lebih berhati-hati dalam setiap
kata-kata yang ingin diluahkan.
"Terutamanya di laman sosial Internet, ramai pengikut yang akan
membacanya," kata Yusof yang ditemui di majlis tayangan media Radio
Televisyen Malaysia, di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini, petang
Jumaat.
Rabu lalu, Patrick atau nama sebenarnya Teoh Kah Yong telah
mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam menerusi laman Facebooknya.
Patrick meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan mempersoalkan
panduan penganjuran program Tahun Baru Cina oleh kerajaan Kedah pimpinan
PAS yang mengenakan syarat persembahan lagu di negeri itu haruslah
berbentuk motivasi dan artis perlu pakaian sopan selain didakwa
merendahkan martabat al-Quran.
Ekoran daripada kenyataan itu, Patrick mendapat cemuhan pelbagai
pihak sehinggalah beliau memohon maaf secara terbuka serta mengakui
kesilapannya itu.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menerusi laman
Twitter miliknya menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan terhadap
Patrick.
Patrick merupakan bekas pembaca berita berbahasa Inggeris di TV3, penggiat teater serta pelakon siri sitkom Show Me The Money, di ntv7 (2004), Jazz Cafe (RTM2, 2006) dan My Starz (TV3, 2007).
Sumber: Mstar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.