Felda Larang Kibar Bendera Parti Dalam Kawasan Tanah Rancangan


Satu cadangan yang bagus tetapi tidak praktikal dilaksanakan pada zaman ini.

Dari melarang kibar bendera parti, adalah lebih pihak Felda menguatkuasakan larangan ceramah politik dari mana-mana parti di kawasan tanah rancangan sebelum sampai waktunya

Setakat gantung bendera parti, apa lah sangat, biar peneroka Felda sendiri menentukan pilihanya dalam memilih parti politik mana yang telah banyak membela nasib mereka selama ini.

Penulis yakin masyarakat peneroka pasti juga tidak bersetuju dengan cadangan ini. Jangan tambahkan modal Pembangkang untuk menghentam Felda dan Kerajaan dek kerana cadangan yang ntah apa-apa ntah ini.

JENGKA - Mana-mana parti politik tidak dibenarkan mengibarkan bendera masing-masing dalam tanah rancangan sebelum Parlimen dibubarkan.

Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka Komuniti, Sapie Embong berkata, belum masanya lagi untuk kibarkan bendera parti buat masa sekarang.

"Tunggulah sehingga Parlimen dibubarkan dan ketika itu, barulah kita benarkan mana-mana bendera parti dikibarkan di seluruh tanah rancangan ini," katanya.

Menurutnya, kini juga bukanlah masa yang sesuai untuk berkempen, melakukan kembara atau konvoi politik dalam tanah rancangan.

"Pihak tertentu janji selesaikan masalah peneroka dan hal ini dipolitikkan. Sekiranya ada masalah, berhubung terus kepada pejabat pengurusan Felda yang terdapat di setiap tanah rancangan," katanya.

Katanya, warga Felda dibenarkan berpolitik tetapi jangan sesekali menafikan hak mereka sebagai peneroka.

"Felda sudah sediakan pelbagai kemudahan kepada peneroka. Saya rasa tidak ada masalah yang perlu dibangkitkan.

"Saya minta peneroka dan generasi kedua imbau kembali kesusahan masa lalu sehingga mereka menikmati kesenangan tinggal Felda di masa sekarang," katanya.

Sent by Maxis from my BlackBerry®Torch 9810
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.