KUALA LUMPUR: Permusuhan di antara pelakon Lisdawati dan Rita
Rudaini hampir 7 tahun kembali jernih apabila kedua-dua wanita itu
bersetuju untuk berdamai selepas ditawarkan berlakon dalam drama bersiri
Kerana Sarah.
Lisdawati berkata, bersempena dengan tahun baru 2013 ini, dia berazam
untuk tidak bermusuhan dengan sesiapa sahaja termasuklah Rita dan mahu
bekerjasama dalam drama berkenaan yang masih lagi dalam penggambaran.
"Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan
sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata,
buang yang keruh, ambil yang jernih.
"Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu
dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih 'senior' daripada saya.
Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu," katanya
kepada mStar Online.
Pada tahun 2006, Rita dan Lisdawati dikatakan bermasam muka selepas
berlakunya insiden tampar menampar dan tarik rambut ketika kedua-duanya
melakonkan adegan terakhir drama Kau Yang Ku Sayang di kolam renang sebuah hotel di Georgetown, Pulau Pinang.
Aksi tersebut berubah menjadi sebuah pergaduhan besar sehingga
melibatkan kes polis apabila Lisdawati mendakwa Rita sengaja
mencederakannya.
Sementara itu, Rita pula berkata, perkara tersebut sudah lama selesai
dan tiada apa-apa isu yang perlu timbul antaranya dengan isteri kepada
pelakon Fauzi Nawawi itu.
"Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami.
"Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma
dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih
berhati-hati.
"Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi ada dalam apa juga
penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi
kepada umum," ujarnya.
Sumber: Mstar
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.