Apabila usia semakin meningkat sudah tentu daya ingatan pun akan berkurangan. Apa yang kita buat atau cakap hari ini, esok sudah lupa atau kurang mengingatinya. Inilah situasi yang berlaku terhdap diri Mursidul Am PAS yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan selama 20 tahun lebih.
Sebenarnya penulis tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai penjelasan Nik Aziz tentang isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Kristian dalam terjemahan Bible versi bahasa Melayu.
Anda saksikan sendiri bagaimana Allah memberi petunjuk kepada kita semua akan balasanya terhadap golongan pemuka agama akhir zaman seperti yang disebut dalam kitab suci al-Quran.
Diharap Nik Aziz dapat melihat kembali rakaman videonya ini dan rujuk semula segala kenyataan yang pernah dilafazkan sebelum ini serta membuat perbandingan mengenainya dan jugan lupa untuk muhasabah diri sekali.
Jangan salahkan penulis dan rakan-rakan yang lain jika mengatakan Tok Guru sanjungan seluruh penyokong PAS ini sudah 'nyanyuk' kerana sering berubah pendirian dan kenyataan. Beginikah contoh ulama perwaris Nabi yang perlu kita ambil tauladan?
Penulis yakin penyokong PAS yang begitu gigih memperjuangkan isu kalimah Allah untuk digunakan pihak Kristian selama ini sedang dalam kebuntuan bagi menjawab segala persoalan yang bakal diajukan kelak. Inilah masanya untuk kita membetulkan kefahaman mereka yang telah songsang akibat terlalu taksub dengan politik kepartian dan kebencian.
Segalanya sudah terjawab, dengan kenyataan Nik Aziz ini juga telah berjaya mematikan segala hujah pemimpin PAS lain yang selama ini turut memperjuangkan isu kalimah Allah bagi pihak Kristian.
Kita seharusnya berterima kasih kepada Nik Aziz di atas penjelsannya berhubung isu kalimah Allah ini. Selagi Nik Aziz masih kekal ditempatnya, selagi itulah ia akan memudahkan kerja banyak pihak.Sebab itu lah ramai yang berharap termasuk penulis agar Aziz terus kekal dalam arena politik.
mengarut betul lah org tua kutuk ni
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSekadar peringatan bagi yang lupa." Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8).
Berhati-hati dengan komen dan posting yang dihantar kerana ianya akan menjadi persaksian-mu di padang Mahsyar kelak.
komen anon 15jan 11:56 kat atas mmg sgt tepat utk nik aziz. sbb nik aziz dah tk pakai rasional. asal ada bnda tak kena saja, UMNO. aku ingat dlm kpala dia semua benda jahat ni UMNO. sbb tu la dia tak kisah nak berkawan dgn syaitan, sbb syaitan tk pernah register jd ahli UMNO
BalasPadam