Dalam ramai-ramai yang dok kata perlaksanaan sistem AES ini tak bagus, tiba-tiba keluar pula kenyataan dari mulut Tun Mahathir sendiri yang menyatakan bahawa sistem AES patut diteruskan demi kebaikan bersama.
Apa macam sekarang, nak sanggah ke tidak kenyataan Tun M ini yang dilihat menyokong perlaksanaan sistem AES yang buat julung kalinya diperkenalkan di negara ini.
Memandu kenderaan dengan mengikut peraturan bukan sahaja dapat manjimatkan wang tetapi juga mampu menyelamatkan nyawa. Apa-apa pun anda sendiri mampu mengubahnya. Mana yang masih tak berpuas hati tu, harap dapat bersabar, benda baru biasalah mesti ada kelemahanya, lama-lama nanti ok lah tu setelah penambahbaikan dibuat.
Cuba runung-renungkan kata-kata Tun M yang penulis tebalkan di bawah, jika anda seorang yang boleh berfikir secara rasional, pasti anda dapat lihat kebenaran seperti dalam ayat yang dinyatakan itu..Fikir-fikirlah..
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berpendapat pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
seharusnya diteruskan demi kebaikan bersama.
Beliau berkata, desakan pembangkang untuk menangguhkan perlaksanaan AES hanya akan merugikan rakyat.
“Ini benda baik, kalau rakyat rasa hendak jadikan benda yang baik ini sebagai isu, rakyat yang akan rugi.
“Kalau di sini (Malaysia) nak buat apa pun kena pikir nak menang atau
kalah dalam pilihan raya, padahal semua orang tahu sistem ini AES
adalah baik seperti di luar negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada satu majlis dialog simposium anjuran Universiti Malaya pada Selasa.
Dr Mahathir secara peribadi tidak menolak pelaksanaan AES dalam
negara dan ia tidak perlu ditangguhkan semata-mata untuk pilihan raya
umum.
Beliau berkata, pihak pembangkang segaja mempersoalkan tindakan kerajaan bagi memancing undi.
Sementara itu, ketika ditanya berhubung persedian Barisan Nasional
terhadap pilihan raya umum, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Itu kena tanya Datuk Seri Najib, saya tak tahu dia bersedia ke tidak," kata Mahathir.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.