KOTA BHARU: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang meminta ketua
jabatan dan agensi kerajaan di Kelantan memberi perhatian serius dan
teliti dalam soal berkaitan kewangan.
Ia, katanya bagi memastikan semua peraturan dan prosedur kewangan sentiasa dipatuhi. "Ini adalah cabaran yang besar kepada ketua jabatan dan agensi di negeri ini," katanya berucap pada majlis perasmian Wisma Audit Negeri Kelantan di Bandar Bharu Tunjong di sini, hari ini.

Katanya, kecemerlangan dalam menguruskan hal kewangan memerlukan warga kerja yang kompeten dan teliti dalam menjalankan pekerjaan dengan pengawasan rapi oleh ketua mereka.
Ambrin juga berharap, jabatan dan agensi pelaksana sentiasa mengambil langkah
penambahbaikan dalam merancang, melaksana dan memantau sesuatu projek untuk
mengelakkan kelewatan selain memastikan kualitinya terjamin.
Wisma Audit Negeri Kelantan itu yang bernilai RM18 juta dibina pada 2008 dan siap sepenuhnya pada Disember tahun lepas.
Majlis perasmiannya hari ini disempurnakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. - BERNAMA

0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.