Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa
Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, Datuk Husam
Musa, memberitahu sidang DUN negeri Cik Siti Wang Kembang itu bahawa
DAP lebih baik dari UMNO.
Ketika menggulung perbahasan Bajet 2013
di sidang DUN Kelantan itu, Husam memuji-muji Kerajaan DAP Pulau Pinang
yang menyalurkan beberapa peruntukan kepada beberapa masjid di negeri
Kelantan.
Begitulah tanggapan terkini Husam Musa,
pemimpin PAS yang paling kanan dan paling rapat dengan Menteri Besar
Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengenai DAP setelah mereka bergabung
di dalam Pakatan Haram sejak 2008.
Saya tertanya-tanya, apakah hanya kerana
peruntukan yang disalurkan kepada beberapa buah masjid di Kelantan itu
maka DAP layak dianggap lebih baik dari UMNO?
Saya ingin bertanya kepada Husam, apakah
dia buta, pekak, tuli atau cacat akal fikirannya untuk menilai tentang
sumbangan serta jasa baik UMNO kepada umat Islam di negara ini sejak
zaman berzaman?
Apakah Husam tidak dapat melihat
bagaimana Islam diimarah dan dibangunkan oleh UMNO secara wasatiyyah
serta menepati ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Jika tidak, takkanlah Malaysia diiktiraf
sebagai negara Islam contoh sehingga banyak negara-negara Islam dunia
yang datang untuk belajar dari Malaysia yang diberi gelaran “mini
Madinah” di zaman moden ini?
Kalau bantuan dan peruntukan kepada
masjid-masjid menjadi ukuran, sudah tentu UMNO jauh lebih baik dari DAP.
Malah jasa UMNO yang tidak pernah putus memberikan peruntukan kepada
rumah-rumah Allah di seluruh negara membuktikan juga bahawa UMNO jauh
lebih baik dari PAS.
Lagipun, apalah sangat jasa PAS yang
hanya membina dua buah masjid saja di Kelantan di sepanjang pemerintahan
Nik Aziz sedangkan UMNO sudah membina beribu-ribu masjid di seluruh
negara, termasuk di negeri Kelantan!
Husam tidak sepatutnya lupa bagaimana DAP
menghapuskan perjuangan PAS untuk membina sebuah Daulah Islamiyyah dan
hukum Hudud di mana partinya terpaksa melupakan dasar yang menjadi
“darah daging” mereka sejak di zaman merdeka lagi.
Husam juga sewajarnya melihat dan sedar
tentang sikap “chauvinis ultra kiasu” yang diamalkan oleh para pemimpin
DAP yang dilihat mampu menggugat keharmonian kaum yang selama ini
berjaya disemai dengan subur oleh Kerajaan UMNO/BN.
Husam juga perlu mengenang tentang
kenyataan-kenyataan pucuk pimpinan DAP yang menentang dasar-dasar yang
mementingkan kepentingan Islam dan bangsa Melayu serta hak-hak
bumiputera di negara ini.
Apakah Husam lupa bagaimana bencinya Nik Aziz terhadap DAP sehingga “Tok Guru”nya itu pernah melabelkan DAP sebagai “syaitan”?
Dan kini, dengan “syaitan” itulah yang
PAS berpeluk dan “syaitan” itulah juga yang dipuji-puja oleh Husam.
Wajarkah DAP dikatakan lebih baik dari UMNO?
Husam perlu kaji semula ilmu agamanya
kerana Islam menggariskan di dalam ajarannya supaya umat Islam berkasih
sayang di antara sesama mereka dan bertindak tegas serta adil terhadap
golongan bukan Islam.
UMNO merupakan parti yang disokong oleh
saudara seagamanya manakala DAP pula merupakan parti yang mengamalkan
dasar membenci dan menafikan kepentingan Islam serta umatnya di negara
ini?
Jadi, wajarkah sebagai seorang muslim, Husam berpandangan songsang dengan ajaran yang disampaikan oleg Rasulullah SAW itu?
Rasanya, Nik Aziz belum cukup memberikan
tarbiyah terhadap “anak buah”nya yang seorang ini, tapi mungkin juga
hasil didikan Nik Azizlah maka Husam jadi “songsang” begini, kan?
Sumber: MyKMU
Sumber: MyKMU
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.