Pembangkang Kecewa, Najib Bantu Pendidikan Anak Peneroka Felda


Semenjak Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, warga Felda ditatang bagai minyak yang penuh. Pelabagai keistemewaan telah diberi kepada warga Felda sebagai tanda menghargai jasa mereka kerana telah membantu memajukan negara terutama sekali dalam sektor pertanian.

Sangat bertuah dan beruntung sekiranya dapat menjadi sebahagian dari warga Felda terutama sekali menjadi Peneroka. Siapa sangka, walau pada permulaanya kehidupan Peneroka ini susah, namun kini hidup mereka telah berubah malah lebih maju dan moden dari mereka yang tinggal di luar kawasan tanah rancangan. Ini semua berkat dari usaha yang gigih, tahu berterima kasih dan bersyukur di atas rezeki pemberian Tuhan.

Setelah hidup kedua ibu bapa dibantu, kini tiba pula giliran anak peneroka menerima bantuan dari Felda dan ini bukan yang pertama. Selain dari pemberian 'durian runtuh' yang bakal diterima pada Oktober ini, Felda juga berhasrat ingin membantu anak peneroka yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dengan membiayai sebahagian daripada kos pinjaman pendidikan yang dibuat melalui PTPTN.

Dengan perkembangan terbaru ini, sudah tentu sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan serta meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa dalam persediaan anak-anak untuk melanjutkan pelajaran.

Dalam kekalutan Pakatan Pembangkang yang sebelum ini heboh kononya ingin memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi kepada rakyat, Najib Razak terlebih dahulu merialisasikan impain tersebut walau ia tidak percuma sepenuhnya dengan mensasarkan anak peneroka Felda sebagai langkah permulaan, namun ia tetap suatu perkara yang baik. Penulis sangat yakin sekiranya Najib Razak dan Barisan Nasional diberi mandat sekali lagi pada PRU13 akan datang, bukan setakat anak peneroka, malah anak-anak bukan peneroka Felda juga akan dapat merasai nikmat yang sama.

Di saat berita gembira ini diumumkan sudah tentu ada pihak yang kecewa dengan penguman yang dibuat oleh PM ini. Semestinya yang kecewa itu ialah pihak Pembangkang. Setiap perkara baik dan memberi manfaat kepada rakyat dilakukan Kerajaan, merupakan satu perkara malang atau malapetaka kepada mereka (Pembangkang).

Dalam isu Felda, Pembangkang kini hampir ketandusan modal. Tidak banyak isu yang tinggal buat Pembangkang dalam usaha mereka untuk memburukkan Kerajaan dan juga Felda selain dari kerja menghasut peneroka agar membenci dan mengagalkan segala usaha yang dilakukan kerajaan melalui Felda. Harapan dan doa mereka pada Tuhan sekarang ini hanya satu sahaja iaitu melihat saham FGVH yang diniagakan di bursa saham Malaysia jatuh merudum. Itulah sahaja modal yang sedang mereka jaja sekarang ini.

BESUT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan Felda akan menampung sebahagian kos pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diberikan kepada anak-anak peneroka Felda. Keputusan tersebut adalah sebahagian langkah Felda untuk memperluas peranan agensi berkenaan sesuai dengan prinsip berkongsi kekayaan.

“Felda bersetuju untuk berkongsi beban pembiayaan PTPTN ini dengan menampung sebahagian kos pinjaman yang diberikan khusus untuk anak-anak Felda dan sebahagian lagi dibiayai PTPTN,” katanya.

Najib berada di sini sempena lawatan singkatnya bagi menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aifilfitri di padang bola Kg Tempinis, Kg Tasek Tok Lebai di Besut, Terengganu.

Beliau berkata, Felda dianggar memperuntukkan RM15 juta bagi menampung kos berkenaan untuk tahun pertama.

“Keputusan Felda itu juga dapat bantu mengurangkan beban kewangan kerajaan selain menunjukkan kejayaan Felda khususnya dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) dalam Bursa Malaysia. Dengan dana tambahan diperoleh, Felda setuju untuk agihkan peruntukan itu kepada rakyat,” katanya.

Selain itu Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan Felda untuk memperluaskan skim latihan kemahiran yang dianjurkan oleh agensi itu kepada anak-anak bukan peneroka Felda.

Katanya seramai 2,000 peserta akan diberi peluang untuk mengikuti kursus-kursus latihan dan kemahiran seperti program di bawah skim Malaysia Airlines (MAS) (Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat) dan institusi-institusi lain.

Langkah itu, katanya boleh memberi nilai tambah dan pekerjaan yang lebih baik kepada peserta yang terbuka kepada masyarakat berpendapatan sederhana rendah dan miskin di bandar.

Najib berkata ia juga merupakan langkah tambahan kepada 12,000 rumah di kampung-kampung tradisional yang akan dibaik pulih melalui Felda.

Sumber: Warta Rakyat
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.