Tip Kekalkan Kesihatan Ketika Bercuti


Alangkah seronoknya sekali sekala dapat bercuti panjang. Kononya masa inilah kita mahu melepaskan ketegangan serta mengembalikan kecergasan mental dan fizikal dek tekanan kerja.

Tidak kiralah bercuti di tempat peranginan atau hanya berehat di rumah, pastinya kita mahu masa bercuti itu dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokan.

Tetapi perlu diingat, walau selama mana kita bercuti, kesihatan juga perlu dijaga. Sekiranya kita merancang untuk bercuti lama, ikuti beberapa tip ini untuk membantu kita mengekalkan kecergasan dan kesihatan sepanjang masa bercuti.

1. Aktiviti terbaik untuk mengekalkan kecergasan adalah dengan melakukan senaman, walau kurang daripada kebiasaan. Senaman seperti berjalan, berjogging, berbasikal dan berenang sudah cukup untuk membantu kita mengekalkan kesihatan mental dan fizikal.

2. Beri perhatian kepada tidur anda. Orang dewasa memerlukan tujuh hingga sembilan jam tidur setiap malam untuk mendapat kesegaran keesokan harinya. Sebelum tidur, bermalas-malaslah di katil selama 30 minit. Fikirkan sesuatu yang positif dan menyenangkan. Anda akan terlelap dan tidur dengan nyenyak.

3. Walau pun kita telah merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti ketika bercuti, namun tidak seharusnya semua yang dirancang itu perlu dilaksanakan. Ingat, kita sedang bercuti bukan bekerja. Jadi gunakanlah sebaiknya masa cuti yang ada. Pilih aktiviti yang paling kita gemari dan dapat mengurangkan rasa tekanan.

4. Amalkan pemakanan seimbang. Kurangkan mengambil makanan yang mengandungi gula yang berlebihan. Untuk pengetahuan, gula berlebihan bukan menambah tenaga tetapi boleh mengurangkanya.

5. Jadikan sasaran kesihatan kita lebih realistik ketika cuti. Tumpukan kepada mengekalkan berat badan dari cuba untuk mengurangkanya. Jika kita menghadiri parti ketika bercuti, cuba lakukan strategi ini.

a) Jangan lupa untuk makan sebelum pergi. Jangan pula mengosongkan perut semata-mata untuk makan lebih banyak ketika berparti.

b) Makan secara perlahan sambil menikmati keenakkannya.

c) Bergaul atau bersembang dengan tetamu yang lain jauh daripada meja buffet atau dapur.

d) Jangan mengambil minuman beralkohol, sebaliknya banyakkan minuman yang rendah kalori atau air mineral.

Semoga dengan beberapa tip yang penulis paparkan ini, ia boleh dijadikan panduan kepada kita semua apabila bercuti atau merancang hendak  bercuti, agar cuti kita itu nanti akan lebih bermakana dan banyak pengisianya..Selamat cuti-cuti Malaysia.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.