PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan enggan melayan dakwaan
yang terus mengaitkan dirinya dengan aktor Beego dan menganggap segala
tuduhan mengenai hubungan mereka adalah fitnah dan mengarut.
Aktres berusia 39 tahun itu dalam satu kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online pada Selasa berkata, dia tidak akan memberikan sebarang komen kerana tidak mahu kontroversi itu berlanjutan.
"Saya malas hendak komen apa-apa jika ia berkaitan gosip dengan Beego. Semuanya (dakwaan) mengarut.
"Lagi banyak saya beri komen lagi macam-macam versi (cerita) yang akan keluar," katanya.
Terbaru, satu pojok dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu melaporkan Beego dilihat memandu kereta BMW milik Rozita ke lokasi penggambaran drama.
Terbaru, satu pojok dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu melaporkan Beego dilihat memandu kereta BMW milik Rozita ke lokasi penggambaran drama.
Mereka dikatakan menjalin hubungan selepas dilihat berdua-duaan di
beberapa lokasi termasuk pusat hiburan dan beli-belah, baru-baru ini.
Ditanya mengenai dakwaan kononnya dia meluahkan perasaan terkilan
dengan tuduhan itu di laman sosial miliknya, Rozita berkata tuduhan itu
tidak berasas kerana dia tidak mempunyai apa-apa akaun laman sosial
seperti didakwa.
"Saya tidak ada akaun Twitter atau Facebook (untuk meluahkan perasaan
seperti didakwa). Cuma apa yang saya hendak cakap, dakwaan ini adalah
mengarut," katanya.
Terbaru, ibu tunggal kepada dua anak lelaki ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Miss Octopus untuk TV3 dan bakal terlibat dalam penggambaran telefilem Aku Janda Tak Kaya (Astro) selepas itu.
Rozita sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Shahir dan Zain Saidin.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.