Chin Tong Umpama Si Bodoh Yang Tak Boleh Diajar - Ka Siong

wee-ka-siong-bn

JOHOR BAHRU : MCA Johor menegaskan tiada sebab untuk Barisan Nasional (BN) negeri ini perlu panik kerana kepemimpinan yang ditunjukkan Menteri Besar adalah dinamik dan cemerlang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MCA Johor, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata dakwaan dan tohmahan pemimpin pembangkang terhadap kepemimpinan diterajui Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah bertujuan mengabui mata rakyat.

 Katanya, dakwaan yang dilemparkan pemimpin DAP Johor terhadap kepemimpinan BN juga jelas menunjukkan kebimbangan mereka yang tidak langsung membuat kerja untuk rakyat.

 "Tiada sebab BN Johor perlu panik. Kalau Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong kata sudah dapat sokongan Melayu tidak mengapa, janganlah bertanding di kawasan MCA, pergilah bertanding di kawasan UMNO juga.

"Kalau rasa mereka kuat sangat pergilah. Cuba dulu, belum cuba belum tahu. Beliau (Chin Tong) boleh diibaratkan seperti pepatah Melayu 'yang bodoh tidak dapat diajar, yang pandai tidak boleh diikut'," katanya pada sidang media selepas perjumpaan tertutup selama dua jam kepemimpinan MCA Johor bersama Menteri Besar di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri merangkap Timbalan Pengerusi MCA Johor, Datuk Tee Siew Kiong serta barisan kepemimpinan MCA negeri.

Mengulas mengenai perbincangan persempadanan semula bahagian pilihan raya dalam pertemuan itu, Ka Siong menegaskan Johor adalah unik dan tidak sama dengan negeri lain. "Johor berlainan dengan negeri lain yang mana kita tidak boleh meminggirkan mana-mana komponen dalam persempadanan semula kerana kebanyakan kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor dianggap kerusi campuran.

"Walaupun ditandingi calon UMNO, perlu ada sokongan pengundi Cina dan inilah peranan MCA untuk kumpul tenaga memberi sokongan pada wakil UMNO. Begitu juga kerusi ditandingi calon MCA, tanpa sokongan kaum lain juga akan merugikan semua pihak," katanya.

Sumber: BH
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Orang Cina Johor memang terbaek!?! Masalah timbul bila orang Cina dari negeri lain bermastautin di Negeri Johor.Mereka ini lah yang merosak kan Bangsa Johor.Mantan Pengerusi DAP Johor Dr Boo Chen Haw tetap terbaek begitu juga bekas ahli Parlimen Kluang zaman 70an dulu iaitu Lee Kaw. Mereka tetap perjuangkan nasib rakyat tak kira bangsa. Kerana bagi mereka, mereka adalah Bangsa Johor. Syukur...kejiranan aku yang berbangsa Cina adalah Bangsa Johor jugak.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.