Tindakan Najib Saman Tony Pua Tepat

najib-saman-tony-pua

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, atas kapasiti peribadinya, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dan seorang lagi berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  
Najib, 61, memfailkan saman itu semalam di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dan menamakan Pua, 42, dan pemilik portal online Mediarakyat.net, Chan Chee Kong, 51, sebagai defendan pertama dan kedua.
  
Media memperoleh writ saman itu hari ini. Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan menyerahkan writ saman itu kepada peguam kedua-dua defendan hari ini.
  
Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib mendakwa pada 13 November tahun lepas, Pua sebagai seorang penceramah utama pada majlis makan malam Kutipan Dana DAP telah memberi ucapan berhubung isu 1MDB dan rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh defendan kedua sendiri dan/atau ejennya di laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat.

Perdana Menteri mendakwa rakaman itu kemudiannya juga telah dikongsi oleh defendan pertama  dan/atau ejen-ejennya di laman Facebooknya dan juga defendan kedua dan/atau ejen-ejennya di laman Facebook Mediarakyat.
  
Beliau berkata, sehingga 2 Mac lepas sebanyak 194,979 rakaman itu ditonton di laman YouTube Mediarakyat manakala 200,709 pengguna Facebook mengikuti rakaman itu di laman Facebook Pua dan 165,293 lagi pengguna Facebook Mediarakyat mengikuti rakaman itu.
  
Najib berkata, berdasarkan fakta itu, sejumlah besar pengguna internet telah menonton rakaman itu dan mendengar perkataan-perkataan fitnah yang telah dinyatakan oleh Pua.
  
Katanya rakaman ucapan itu mengandungi perkataan-perkataan yang merujuk dan berkaitan dengannya yang memfitnahnya dan individu yang dikenali sebagai "Prime Minister" dalam perkataan-perkataan fitnah itu semestinya merujuk secara spesifik kepadanya (Najib).
  
Beliau mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu dalam erti kata biasa atau lazim antaranya membawa maksud plaintif telah merompak duit rakyat berkaitan urusniaga 1MDB dan oleh itu plaintif adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan awam.
  
Najib yang juga Presiden Umno berkata, perkataan-perkataan fitnah itu merupakan fitnah yang amat serius dan menyebabkannya (Najib) dibawa ke skandal awam, kebencian dan penghinaan oleh kawan-kawan, kenalan dan masyarakat awam di dalam negara dan di peringkat antarabangsa dan juga menyebabkan ketegangan hubungan antara rakyat dan pihak antarabangsa dengan plaintif.

Beliau berkata, penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya yang akan berterusan selama bertahun-tahun lamanya kerana rakaman ucapan itu boleh diakases secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.
  
Najib mendakwa defendan pertama dan kedua tidak mengambil sebarang langkah untuk menghubunginya bagi mengesahkan kebenaran perkataan-perkatan fitnah itu sebelum menerbitkannya.
  
Plaintif berkata, beliau melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada kedua-dua defendan  pada 21 November tahun lepas tetapi mereka masih meneruskan penerbitan perkataan-perkataan fitnah yang sama kepadanya.
  
Sehubungan itu Najib menuntut ganti rugi am, teladan, kos dan perintah injunksi bagi menahan defendan pertama dan kedua atau ejen-ejennya daripada menerbitkan lagi perkataan-perkataan fitnah itu terhadapnya.

Najib juga menuntut supaya Pua dan Chee Kong menerbitkan permintaan maaf secara bertulis yang diterbitkan di akhbar dan majalah yang akan dikenal pasti oleh plaintif dalam bentuk dan istilah yang akan ditetapkan oleh plaintif.
  
Beliau juga menuntut defendan pertama mengeluarkan rakaman ucapan daripada laman Facebooknya dan defendan kedua dari YouTube mediarakyat, laman web Mediarakyat dan Facebook Mediarakyat dengan serta merta daripada tarikh penghakiman. - Bernama
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKY REHANG dan dia memberikan nomor AKY REHANG,dia bilan kepada saya kalau AKY REHANG bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKY REHANG dan dengan senan hati AKY REHANG ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKY REHANG di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKY REHANG dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.