Siapa Kumpulan 'Barua' Dalam PAS Yang Dimaksudkan Nik Abduh?

Nik-Abduh-Nik-Aziz-siapa-barua

Ahli Jawatankuasa PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam satu laporan media tempatan secara terbuka menyatakan terdapat golongan yang dilabel sebagai 'barua' dalam parti itu kerana bercita-cita dan merancang untuk menggulingkan Presiden PAS, Hadi Awang serta kepimpinan ulama.

Walau tidak dinyatakan nama individu atau kumpulan mana yang terlibat merancang untuk menumbangkan kepimpinan ulama dalam parti Islam itu, para permerhati politik yang mengikuti rapat perkembangan ini berpendapat bahawa dakwaan Nik Abduh itu ditujukan kepada sebuah badan NGO yang dianggotai oleh  ahli PAS iaitu PASMA.

Menurut laporan itu lagi, Nik Abduh mendakwa kelompok itu lebih 'wala' (taat setia) kepada Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) berbanding kepada parti Islam itu sendiri.

Beliau mendakwa kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Mekah.

"Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.

Kata anak kepada bekas Mursidul Am PAS itu lagi, tujuan artikel itu ditulis sebenarnya adalah untuk memberi gambaran jelas kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah 'kerajaan perpaduan' terhadap presiden PAS.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. assalamualaikum saya
    dan SEKELUARGA mengucapkan
    banyak2 terimakasih kepada MBAH JONOSEUH
    atas angka togel yang diberikan "4D" alhamdulillah
    ternyata itu benar2 tembus
    dan berkat bantuan MBAH JONOSEUH
    saya bisa melunasi semua hutang2 suami saya yang
    ada di BANK dan bukan hanya
    itu alhamdulillah sekarang
    saya sudah bisa bermodal untuk mencukupi kebutuhan
    keluarga saya sehari2.
    itu semua berkat bantuan MBAH
    sekali lagi makasih banyak yah MBAH yang ingin
    merubah nasib seperti saya
    hubungi MBAH JONOSEUH di nomor(0823 4444 5588)
    TERIMAH KASIH.
    dan kalau anda tdk percaya silakan coba sendirih.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.