Elaun Tinggi Punca Anwar Enggan Lepas Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor

anwar-ketum-penasihat

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penarikan balik Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A), yang membawa gelaran Datuk Seri, daripadanya tidak menghalang beliau untuk meneruskan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

"Darjah Kebesaran S.S.S.A. telah dikurniakan kepada saya pada 1992 oleh Almarhum Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa saya membuat sebarang permintaan atau permohonan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, mengulas kenyataan Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini bahawa baginda menarik balik darjah kebesaran itu berkuat kuasa 3 Nov lepas.

Mohamad Munir berkata tindakan itu dibuat setelah Sultan Sharafuddin berunding dengan Dewan di-Raja Selangor, dan selaras dengan kuasa baginda sebagai sumber bagi segala penghormatan dan kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan darjah kebesaran sepertimana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

"Penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang dikurniakan pada 1992 itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau (Anwar) sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor serta institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini," katanya.

Anwar pernah dianugerahkan beberapa darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah,Perak dan Perlis.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.