Campur Tangan FIFA, Liga Bola Sepak Malaysia Mungkin Diharamkan

fifa-liga-malaysia
Admin: Rakan penulisa ada bagi tahu sekiranya FIFA atau AFC sudah campur tangan dalam insiden bola sepak mungkin akan menyebabkan liga bola sepak di sesebuah negara itu boleh diharamkan. Sejauh mana kebenaran fakta tersebut penulis belum dapat pastikan kerana masih lagi mencari maklumat berkaitan.

Apa yang penulis harapkan semoga  isu dalam terowong ini dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan pihak lain terutama sekali FIFA atau AFC. Mahukah kita melihat liga bola sepak negara ini hancur semata-mata kerana handak memuaskan hati pihak tertentu.

Sudah-sudah lah...
Kuala Lumpur: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atau Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) boleh campur tangan kes ‘Terowong Larkin’.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika mengesahkannya berkata, tidak ada peraturan yang mewajibkan pemain import Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan T-Team, Stefano Impagliazzo itu perlu merujuk pihaknya.

Bagaimanapun, dia berkata, seelok-eloknya kedua-dua individu terbabit merujuk dulu kepada majikan mereka iaitu Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan T-Team sebelum mengambil tindakan berkenaan.

Hak mereka

“FAM tidak menghalang jika kedua-duanya mahu membawa perkara ini kepada FIFA atau AFC kerana itu hak mereka. Nak kata wajib perlu melalui FAM itu tidak, tetapi seeloknya-eloknya rujuk dulu kepada majikan mereka. Selepas itu, majikan mereka boleh rujuk kepada FAM.

“Daripada situ nanti, FAM boleh bagi pandangan atau nasihat. Jika mereka terus membuat aduan kepada FIFA atau AFC sekalipun, kedua-dua badan induk itu tetap akan meminta penjelasan daripada persatuan untuk mengetahui gambaran sebenar,” katanya kepada BH semalam.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid mengesahkan pihaknya tiada halangan jika Rodrigues dan Impagliazzo hendak membuat aduan kepada FIFA atau AFC berhubung kes Terowong Larkin yang membabitkan mereka itu. Malah langkah itu juga disokong Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Kes Terowong Larkin berlaku pada 1 Februari lalu ketika aksi pusingan kedua Piala FA membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan T-Team di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. Perlawanan itu terpaksa ditangguhkan selepas pasukan pelawat terbabit menarik diri pada babak kedua.

Tindakan itu sebagai langkah keselamatan selepas Rodrigues mendakwa ditumbuk, manakala Impagliazzo turut dikatakan dikasari di dalam terowong stadium itu ketika mereka sedang menuju ke bilik persalinan.

Mengulas lanjut Hamidin berkata, setakat ini FAM belum mendapat pengesahan daripada PBSNT atau T-Team sama ada Rodrigues dan Impagliazzo sudah mengemukakan aduan kepada FIFA atau AFC.

“Belum ada apa-apa pengesahan mengenai perkara ini. Oleh sebab itu, saya tidak boleh komen panjang. Bila sudah ada pengesahan nanti, barulah kita boleh maklumkan,” katanya.

Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

2 comments:

  1. Ni la perangai mlayu....

    Org luo dah tunjuk fuck ke sultan pon masih nak main tarik tali.....teragak2....

    Kalo di thai.... hina gambar raja thai pon kena gantung sampai mati...

    Mcmana la org asing nak hormat pd bangsa melayu....sbb tu cina boleh ludah org mlayu.... sbb x dak harga diri...

    Kalu aku laaa..... aku hempok player brazil tu kaw2...kurang hajarr....

    BalasPadam
  2. Elok gak supaya FAM diurus oleh mereka yg pernah main bola secara professional dan akan bertindak secara professional.

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.