PRK Sg Limau: Ustaz Kazim Berjaya 'Cuit' Hati Pengundi Pas

ustaz kazim elias-prk
Ketika kempen ceramah anjuran Pas gagal menarik sokongan dan kehadiran pengundi di sekitar Sungai Limau, walaupun mereka menjemput beberapa artis seperti Abby Abadi, Leman Raja Lawak, Bob Lokman dan sebagainya. Ceramah di kem Barisan Nasional / Umno pula menunjukkan sebaliknya.

Dengan membawakan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ceramah tersebut berjaya dikategorikan ‘pecah panggung’ apabila berjaya mengumpulkan sekitar 5,000 pengundi. Dengan gaya bersahaja, ceramah Ustaz Kazim yang diadakan di RTC Simpang 3 itu menyebabkan para hadirin melekat dari mula hingga akhir.

Namun apa yang dikesalkan ialah, Ustaz Kazim memaklumkan sebelum kehadiran beliau ke Sungai Limau beberapa penyokong Pas telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ugutan dan ancaman bagi menghalangnya hadir.

Menurut Ustaz Kazim, beliau telah diugut agar memakai plastik kerana bakal berdepan dengan serangan balingan telur sebagai tanda protes. Namun ia langsung tidak menggentarkan beliau walaupun sedikit, kerana ingin menyampaikan dakwah.

Beliau turut menegaskan, dirinya bukanlah penceramah bagi mana-mana parti politik, namun hanya sekadar memenuhi jemputan dan itulah antara pendekatan dakwah yang dilakukannya dahulu lagi.

Ustaz Kazim juga melahirkan rasa kecewanya apabila dilabelkan sebagai penceramah kerajaan hanya kerana isi kandungan ceramahnya tidak mengikut selera pembangkang. Menurut beliau lagi, beliau hanya menyatakan apa yang benar dan cuba untuk menyedarkan masyarakat tentang bahaya bila mana politik menggunakan Islam sebagai perisai.

“Saya berkawan dengan semua orang. (Contohnya) apabila berceramah dengan orang asli, takkan saya dikategorikan sebagai penyokong orang asli.

“Saya juga turut berceramah dengan kumpulan lelaki lembut, takkan saya terus di cop sebagai penyokong golongan lembut. Relaks lah bro” ujar beliau secara berseloroh dan disambut dengan gelak tawa dari mereka yang hadir.

Inilah pendekatan pembangkang sejak dari dahulu, apabila mereka buat ia dianggap sebagai perkara biasa. Namun apabila mereka yang berlainan ideologi lakukan perkara yang sama, mereka akan diugut dan diancam dengan pelbagai cara.

Sedangkan sebelum ini mereka begitu lantang meminta kerajaan agar memberikan layanan yang adil kepada semua atas nama demokrasi hak bersuara. Sebenarnya Pas telah mula gelisah apabila melihat jentera mereka gagal menarik sokongan pengundi walaupun Dun Sungai Limau dikatakan sebagai kubu kuat parti itu.

Malah paling membimbangkan mereka, apabila isu perpecahan dalaman parti itu dilihat mula memberikan kesan sehinggakan ada di kalangan mereka yang mula saling boikot dan sabotaj antara satu lain.

Berbanding jentera BN/Umno yang dilihat semakin hebat dengan pendekatan dan misi pembangunan yang ingin dibawa. Apa pun bersamalah kita tunggu keputusan undi yang bakal diketahui seawal jam 9.00 malam pada 4 Oktober nanti.

Apakah Pas mampu mengekalkan kecemerlangan mereka ataupun tersungkur layu seperti yang berlaku ketika PRK Kuala Besut yang lalu.
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.