Dalang BERSIH 3.0 Degil, Enggan Beri Kerjasama

pembangkang dalang bersih

Putrajaya: Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat Perhimpunan BERSIH 3.0 kecewa kerana pelakon utama (parti pembangkang) perhimpunan itu enggan memberi kerjasama dalam usaha merungkai kebenaran berkaitan perhimpunan itu.

Pengerusinya, Tun Hanif Omar (gambar) kecewa kerana pihak disifatkan sebagai pelakon utama tidak memberi kenyataan secara sukarela atau mungkin diarah pihak tertentu jangan menghadiri temu bual dengan panel itu.
 
Hanya seorang ahli parti pembangkang hadir memberi kenyataan iaitu anggota Unit Amal PAS. Kita mahu mencari kebenaran. Kita panggil semua yang terbabit tapi pelakon utama tidak mahu bekerjasama kerana berpandangan panel ini tiada kredibiliti.

Panel bebas

Panel bebas ini ditubuhkan sebagai alternatif kepada semua yang terbabit, tapi ada yang kata mereka mahu berurusan dengan SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia). Itu pilihan mereka dan kita tidak boleh paksa, katanya.

Terdahulu, beliau bersama beberapa anggota panel bebas itu menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menyerahkan laporan akhir Perhimpunan BERSIH 3.0.

Hanif berkata, laporan mengandungi 500 halaman itu siap April lalu dan kini terserah kepada kerajaan untuk memutuskan sama ada mahu mendedahkan hasil penemuan.

Kita cadangkan kepada menteri supaya mendedahkan hasil laporan kerana panel bebas ditubuhkan untuk mencari kebenaran. Jadi, mungkin orang ramai ingin tahu hasil penemuan ini. Menteri maklum mengenai cadangan itu dan akan dipertimbangkan, katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, laporan yang mengandungi 10 terma rujukan itu dihasilkan selepas pihaknya menemubual 45 saksi dan menonton video serta gambar berkaitan dalam 50 mesyuarat yang diadakan sejak Mei 2012.

Panel itu menemu bual 22 pegawai dan anggota polis, lapan petugas media, empat petugas Suruhanjaya Pilihan Raya termasuk Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan empat pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
 
Sumber: Berita Harian
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.