Sukan: Zolkples Kecewa Revington Letak Jawatan

 Zolkples-kecewa
KANGAR: Tindakan Paul Revington meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan pada Sabtu adalah mengecewakan, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

Katanya beliau tidak tahu punca sebenarnya walaupun ada laporan mengaitkan tindakan itu dibuat kerana tidak berpuas hati dengan wujudnya campur tangan dalam mengendalikan skuad kebangsaan.
Bagaimanapun, katanya jurulatih antarabangsa kelahiran Afrika Selatan itu telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik sejak mengambil alih jawatan itu daripada Tai Beng Hai pada Ogos tahun lepas.

Zolkples berkata demikian kepada pemberita semasa melawat keluarga pemain hoki Allahyarham Mohamad Akmal Daniel Che Azni, 11, di Kampung Tanjong, Ahad.

Revington telah mengirim e-mel kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada Sabtu bagi mengumumkan peletakan jawatannya dengan mendakwa wujud campur tangan tertentu dalam mengendalikan skuad kebangsaan.

Zolkples mengakui Revington merupakan seorang jurulatih yang berkaliber dan bagus serta ketiadaan beliau merupakan satu kerugian kepada hoki negara.

Selain itu, semua pemain mengaku seronok untuk berlatih walaupun agak memenatkan di bawah bimbingan jurulatih itu, katanya.

Pada lawatan itu, Zolkples menghulurkan sumbangan MSN sebanyak RM5,000 dansumbangan insurans berkelompok sebanyak RM27,500 kepada bapa Allahyarham, CheAzni Che Ani.

Allahyarham terbunuh dalam kemalangan jalan raya apabila dirempuh sebuah kenderaan ketika melintas di Jalan Kaki Bukit dekat sini 19 April lalu.

Semasa kejadian, Allahyarham yang juga pelajar darjah lima Sekolah Kebangsaan Kampung Salang sedang dalam perjalanan untuk mengikuti latihan hoki di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan dengan berbasikal.

Che Azni, seorang peniaga, masih bersedih dengan peristiwa itu namun beliau bersyukur kerana kepimpinan MSN mengunjungi kediamannya untuk menghulurkan sumbangan.- BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.