PAS, DAP Tolak Pendekatan Anwar Guling Kerajaan Guna Jalan Belakang

anwar-guling-kerajaan

Sabtu lalu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah mendedahkan bahawa wujudnya konspirasi menggulingkan kerajaan. Konspirasi yang dirancang itu katanya bakal dijalankan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan jika pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Dalam dakwaan Tunku Aziz, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada. Namun, hari ini kepimpinan DAP dan PAS telah sebulat suara untuk membantu polis melakukan siasatan terhadap konspirasi itu.

Mungkin mereka telah sedar impak yang buruk bakal melanda negara jika terjadinya rusuhan dan demonstrasi tersebut. Walaupun Karpal Singh mengecam tindakan Tunku Aziz kerana mendedahkan rahsia DAP, tindakan DAP untuk bersama membantu polis adalah satu tindakan yang bijak.

Ini kerana, jika benar perkara ini terjadi ianya akan menggugat keamanan negara dan menjatuhkan imej negara. Sekali gus, ekonomi negara dan juga industri pelancongan akan turut terjejas.

Dalam pada itu, dua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP telah menyatakan keterlibatan mereka membantu polis untuk menjalankan siasatan konspirasi tersebut. Tetapi, Anwar Ibrahim masih belum mengambil apa-apa tindakan ataupun pendirian berkenaan perkara ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan
huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?

Itu adalah gopoh.

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook.

Lim Kit Siang dalam satu temubual dengan Radio Australia juga menolak sebarang bentuk kacau bilau ala Arab Spring dan apa juga bentuk kacau ganggu seumpamanya.

Nampaknya, hanya Anwar yang memang bercita-cita untuk mewujudkan kekacauan dalam negara yang nyata menjadi salah satu agendanya apabila gagal dalam pilihan raya. Mungkin itu merupakan cara beliau untuk menunjukkan protes sehingga menggadaikan keselamatan dan masa depan negara.

Sedarlah bahawa rakyat tidak akan mendapat apa-apa keuntungan dengan konspirasi sebegini. Negara yang mengalami konspirasi sebegini tidak pernah aman dan kekal mundur tanpa ada sebarang pembangunan dan itu adalah satu kerugian besar buat negara.

Untuk sedarkan Anwar Ibrahim adalah satu perkara yang mustahil, namun masih belum terlewat untuk anak-anak muda yang terikut-ikut cara demonstrasi Anwar ini untuk berfikir dengan lebih waras. Jangan sampai terlewat untuk membetulkan keadaan sehingga negara kita berada dalam keadaan yang terumbang-ambing.
Share on Google Plus

About Jering Daily

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.