BN Perlu Lakukan Transformasi Dalam Pendekatan Berkempen

wanita-umno-kempen

Kejayaan BN dalam PRU-13 yang lalu dengan mengekalkan pemerintahan di peringkat Pusat dan terus berkuasa di sembilan negeri serta menawan kembali Kedah merupakan kombinasi pencapaian yang memuaskan meskipun wujud tsunami politik pengundi Cina.

Bagaimana pun ini bukan bermakna BN sudah boleh berpeluk tubuh dan statik pada takuk itu sahaja kerana masih banyak yang perlu diperbaiki bagi  menampung serba sedikit kelemahan khususnya dalam menghadapi cabaran propaganda pakatan pembangkang.

Pembangkang sedari dulu lagi memang diakui hebat dalam memainkan kempen propaganda yang digerakkan tanpa mengira masa dengan bersandarkan pada konsep serangan adalah pertahanan terbaik. Dalam bab ini kita kalah malah dari segi kerberkesanan menangkis serangan juga kita tewas.

Itu hakikat kerana jika kita perhatikan selepas berakhirnya PRU 12 2008, para pemimpin pakatan pembangkang terus melakukan siri jelajah dan himpunan sana sini serta turut memindahkan pengundi ke kawasan-kawasan sasaran yang akhirnya mereka meraih laba bila PRU-13 tiba.

Selesai sahaja PRU-13, kaedah yang sama dilakukan oleh pembangkang tapi kita masih di takuk sama sambil melihat begitu sahaja tatkala setiap penjuru negara dijelajah oleh pembangkang untuk menyebarkan propaganda.

Menyedari hakikat in, BN perlu mengubah sedikit pendekatan dan melakukan transformasi dalam gerak kerjanya untuk menghadapi pembangkang demi memastikan kejayaan BN sekarang dapat dipertingkatkan.

Kempen penerangan di peringkat cawangan dan bahagian perlu diperhebatkan mula saat ini juga, selain menerangkan isu-isu semasa ia juga boleh dimanfaatkan untuk membentuk pemahaman umum terhadap usaha bakti Kerajaan BN.

Dalam BN ada berbelas parti komponen, sepatutnya perkara sebegini begitu mudah untuk dilaksanakan mengikut kawasan masing-masing. Jika tidak dapat dilakukan dua kali seminggu lakukan dulu seminggu sekali, paling malas pun buatlah sebulan sekali.

Jika pemimpin pembangkang boleh melakukannya saban hari menabur air liur menanam kebencian terhadap BN, kenapa tidak BN melakukan perkara yang sama tapi untuk menjernihkan semula kebencian tersebut. Kalau nak tunggu setahun dua tahun terakhir sebelum PRU-14 baru bertindak maknanya kita dah jauh ketinggalan.

Setiap parti komponen BN sepatutnya ada satu atau dua pasukan dari jentera penerangan yang aktif sepenuh masa untuk tujuan itu. Sekarang pun patutnya team sebegini sudah bergerak ke akar umbi terutama untuk menghadapi jelajah propaganda Anwar tika ini.

Asyik mengharapkan peranan media massa semata-mata bukannya satu jaminan kerana harus difahami bukan semua orang yang membaca akhbar arus perdana dan tidak semua yang mengambil serius info semasa dalam media elektronik.

Selain itu, bagi tujuan menghadapi asakan pembangkang di alam siber, amat perlu untuk BN menggandakan kehadiran dan keaktifannya di ruang maya ini supaya jarak saingan yang sebegitu jauh sekarang dapat didekatkan. Ini penting kerana salah satu resipi kekuatan pembangkang ialah wujudnya jentera siber yang berkali ganda kuatnya.

Dalam pada itu, BN juga perlu menggandakan usaha mendaftarkan seramai mungkin penyokongnya yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi. Jika DAP berkemampuan mencari dan mendaftarkan berpuluh ribu pengundi hanya dalam jangka masa sebulan, mustahil BN tidak mampu melakukan perkara yang sama.

Malah kalau DAP & PAS berupaya memindahkan pengundinya dari satu kawasan ke kawasan lain demi meningkatkan peluang kemenangan mereka, mengapa tidak mulai sekarang modus operandi yang sama dilakukan oleh BN?

Banyak lagi sebenarnya yang boleh dilakukan BN dalam mendepani asakan pembangkang, tinggal lagi sama ada mahu atau tidak, itu sahaja.
Share on Google Plus

About Unknown

1 comments:

  1. Sangat setuju dgn admin. Inilah strategi yg perlu dibuat oleh BN sejak 2008 yg lps. TOLONG LA wahai pemimpin UMNO di atas sebenarnya kami ni ramai x suka dgn PR tp UMNO buat apa? Kami bosan dgn kempen BN yg keterlaluan semasa PRU13. Sepatutnya serangan PR yg byk fitnah tu dipatahkan dgn segera. Tp tidak. Jgn 'tidur' rangka strategi dr sekarang utk PRU14. UMNO taubat nasuha. Baru rakyat kembali percaya. Masa tu x perlu kempen ngan jutaan ringgit

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.