KUALA LUMPUR - Peguam yang mewakili Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kes saman fitnah yang
difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), mengemukakan
permohonan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes itu.
Peguam Mohd Afiq Mohd Noor memberitahu pemberita bahawa pihaknya
membuat permohonan penarikan itu pada Jumaat lepas. Tiada alasan
diberikan mengenai keputusannya itu.
Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaluddin Md
Said yang mendengar prosiding di dalam kamar hari ini menetapkan 18 Jun
untuk pengurusan kes.
Pada 16 Ogos lepas Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global
Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman RM200 juta terhadap Dr Wan
Azizah dan lima lagi kerana memfitnah agensi itu menerusi artikel yang
disiarkan Suara Keadilan.
Selain Dr Wan Azizah, turut dinamakan Felda sebagai defendan ialah Naib
Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn Bhd,
Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan
Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu.
Dalam pernyataan tuntutannya, Felda selaku plaintif, mendakwa akhbar itu menerbitkan artikel pada 22 dan 29 Jun lepas yang mengandungi fitnah terhadap Felda.
Dalam pernyataan tuntutannya, Felda selaku plaintif, mendakwa akhbar itu menerbitkan artikel pada 22 dan 29 Jun lepas yang mengandungi fitnah terhadap Felda.
Felda mendakwa artikel pertama bertajuk 'Felda Bangkrap' dan artikel
kedua berserta gambar bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662
juta Hanya Libatkan Tiga Individu' berunsur fitnah yang boleh
menyebabkan reputasi plantif terjejas.
Felda diwakili peguam Datuk Fairuz Hussein Jamaluddin. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.