PETALING JAYA: Aktres Nora Danish berasa kasihan terhadap
aktor Rusdi Ramli yang dihimpit kontroversi gara-gara melakonkan watak
berpelukan dengannya tanpa berbaju dalam satu adegan filem Mencari Cinta.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata,
sebagai seorang pelakon, dia faham dengan situasi Rusdi dan berharap
agar pihak lain memberikan ruang untuknya bersendirian sehingga isu
tersebut reda.
"Saya faham dengan situasi Rusdi. Walaupun dia seorang pelakon
senior, rasanya belum pernah lagi dia terkena kontroversi seperti ini.
"Berbanding pula dengan saya yang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai
gosip, saya dah biasa. Sebab itu saya tak kisah sangat apabila orang
memperbesarkan isu ini.
"Saya percaya dia terkejut dan tidak tahu nak buat apa-apa
sehinggakan dia tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini pada
Khamis lalu," katanya.
Pengarah filem Mencari Cinta iaitu Shirin Khuzaimi menyifatkan
pelakon Rusdi seorang yang tidak profesional kerana gagal menghadiri
majlis tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung di e@Curve pada
Khamis lalu.
Tambah Nora yang juga terkena tempias kontroversi yang sama, dia
sedikit pun tidak risau dengan hal itu kerana menganggap ia tidak
mengganggu prestasi kerjanya.
"Dalam filem itu saya bukannya bogel pun.
"Cuma lakonan kami sahaja nampak mesra sebagai suami isteri. Lagipun,
mengenali Rusdi di set penggambaran, dia seorang yang sangat peka
dengan setiap pergerakan dan lakonannya.
"Malah dia akan melihat apa kepentingannya dia berlakon sebegitu
dalam sesebuah filem. Saya harap masyarakat tonton dahulu sebelum
memberi komen," tuturnya.
Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang
telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin dengan seorang pemuda
kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) yang ditinggalkan kekasihnya.
Filem genre romantik yang diterbitkan oleh Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd ini akan ditayangkan bermula 25 April ini.
Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan turut
dilakonkan seperti Fouziah Gous, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha,
Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.