KUALA LUMPUR: Pelakon Anzalna Nasir tidak berselindung
terdapat beberapa lelaki kaya dan golongan kenamaan cuba mendekatinya
untuk meraih cinta.
Anzalna, 22, berkata dia tidak pernah memberi peluang untuk didekati
individu berkenaan melainkan jika ia atas urusan kerja selain untuk
menjaga hubungan dengan kekasihnya Hanif Zaki.
"Saya hanya berkawan dengan lelaki lain hanya atas dasar kerja dan
tidak sesekali mendekati mereka yang mempelawa untuk bercinta dengan
saya walaupun mereka di kalangan VIP.
"Kalau mereka bertujuan hanya untuk mengenali saya kerana ada agenda lain saya akan tolak mentah-mentah," katanya kepada mStar Online.
Jelas Anzalna, dia berbuat demikian bagi menghormati dan menjaga
hubungan percintaannya dengan kekasihnya yang telah terjalin sejak 15
tahun dulu.
Tambah Anzalna, dia juga akan berpegang teguh dengan matlamatnya bergelar artis adalah mencari rezeki semata-mata.
Pelakon filem Sepah The Movie ini juga merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan.
"Sejak memasuki industri ini saya sentiasa menjaga batas hubungan
dengan lelaki lain kerana saya dengan Hanif sudah merancang untuk
berkahwin pada tahun depan. Cuma tarikhnya sahaja belum ditetapkan.
"Keluarga pihak lelaki juga ada merancang untuk masuk merisik namun
masih belum ada masa yang sesuai lagi," katanya sambil memberitahu
jadual lakonannya penuh sehingga hujung tahun ini.
Ditanya tentang populariti dan publisiti yang mungkin diterimanya
berkurangan sekiranya dia bergelar isteri kelak, Anzalna berkata ia
bergantung kepada rezeki daripada Allah.
"Semua perempuan ingin berkahwin dan ia perkara baik, saya tidak
kisah populariti menurun yang penting semua rezeki adalah datang
daripada Yang Masa Esa," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.