Dong Zhong: Pelajar Gagal Kuasai Bahasa Kebangsaan, Punca Sijil UEC Tak Diiktiraf

gagal-kuasai-bahasa-kebangsaan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib dilaporkan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyelesaikan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dituntut oleh NGO Ekstremis Cina, Dong Zong. 

Dong Zong dianggap sebagai puak ektremis kerana sehingga kini terus berkeras untuk menolak segala usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia atau ‘MeMalaysiakan’ rakyat melalui sistem persekolahan yang sama serta melalui satu bahasa.   Ini kerana apa yang dituntut oleh Dong Zong semuanya berkisar pengasingan antara kaum di sekolah serta memperkasakan bahasa ibunda kaum Cina sementara di masa yang sama, semakin mengabaikan Bahasa Kebangsaan. 

Justeru, kesudian Perdana Menteri meluangkan masa melayan pihak ektremis yang perjuangannya amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia itu, wajar dihargai oleh pihak Dong Zong.  Kita harap tindakan Perdana Menteri yang ikhlas ingin menyelesaikan masalah ini tidak dipandang sebagai bukti kelemahan kerajaan dalam berhadapan dengan golongan rasis, kiasu dan angkuh ini.   

Isu UEC merupakan isu yang jauh melangkaui soal pendidikan dan pelajaran.  Ia merupakan isu jati diri, perpaduan, dan nasionalisme sebagai rakyat Malaysia. 

Apa yang kita lihat, sehingga kini, masih tiada satu pun bukti bahawa kewujudan Sekolah Vernakular mahupun tunturan pengiktirafan UEC mampu membawa kebaikan untuk rakyat dan negara dari apa segi jua melainkan keburukan semata-mata iaitu melebarkan jurang pemisahan antara kaum, sekali gus membuka ruang kepada sikap prejudis dan rasis antara satu sama lain. 

Ia juga bakal menyumbang kepada masalah pekerjaan bagi kaum bumiputera apabila kebanyakan peluang pekerjaan yang ada menitikberatkan Bahasa Mandarin, tanpa mengambil kira kelayakan yang utama. 

Adalah mustahil untuk menyelesaikan perkara ini tanpa mengenepikan sikap perkauman yang menebal.  Oleh itu, untuk berlaku adil, isu ini wajar dikaji dari sudut sejarahnya. 

Sekolah Vernakular pada mulanya dibenarkan sebagai tolak ansur agar kaum Cina menyokong usaha kemerdekaan dan diberikan kerakyatan.  Kaum Cina pada ketika itu majoritinya masih setia pada tanahair mereka dan menyimpan niat untuk kembali ke sana setelah cukup mengumpul wang dan harta.   Oleh itu, mereka amat bimbang ciri-ciri keCinaan mereka hilang sekiranya anak-anak mereka bersekolah bersama dengan anak-anak kaum bumiputera yang mana pasti menimbulkan masalah bila mereka kembali ke negara asal kelak. 

Atas kepercayaan bahawa mereka hanya akan berada sementara di Malaysia, maka kerajaan membenarkan sekolah vernakular diteruskan. 

Namun, kaum Cina mendapati Malaysia terlalu ‘indah’ untuk ditinggalkan tetapi di masa yang sama enggan ‘memutuskan’ kesetiaan kepada negara asal.  Maka, mereka terus memperjuangkan sekolah vernakular tanpa mengambilkira semangat tolak ansur, realiti mahupun rasionaliti sebagai warga negara ini. 

Perjuangan mereka ini adalah berasaskan semangat kiasu dan rasis semata-mata. 

Tidak cukup ‘peha’, mereka meminta betis pula.  Sudahlah ingin bersekolah berasingan dari bangsa lain dan menggunakan bahasa ibunda negara asal, diberi pula kelonggaran dan keistimewaan di mana matapelajaran Bahasa Kebangsaan (Melayu) direndahkan tarafnya bagi membolehkan anak-anak mereka mudah mendapat keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran ini, mereka meminta pula agar kerajaan mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke IPTA. 

UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah atau Junior Middle (UEC-JML), Vokational (UEC-V),  Menengah Tinggi atau Senior Middle (UEC-SML) di mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin.   UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan. 

Hujah Dong Zong ialah UEC diiktiraf oleh Pusat Pengajian Tinggi luar negara seperti United Kingdom, United States, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia dan Kanada maka kerajaan Malaysia wajar mengiktirafnya juga. 

Jelas, Dong Zong berhujah seperti seorang pendatang. 

Kebanyakan universiti di mana-mana sahaja sememangnya membuka peluang kepada pelajar asing dan menerima kelulusan pelajar-pelajar tersebut berdasarkan kualiti tanpa mengambil-kira sistem pembelajaran negara mereka.  Mana mungkin sesebuah universiti menetapkan sistem pembelajaran bagi warga luar negara. 

Tetapi, masalah di sini ialah UEC melibatkan warga Malaysia yang ingin ke universiti awam di Malaysia, bukan ke luar negara. 

Maka, salahkah kerajaan menetapkan syarat agar warga Malaysia yang layak ke Universiti awam wajib menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik?  Tinggi sangatkah permintaan sedemikian?  Apakah kaum Cina begitu bodoh sehingga sukar sekali untuk menguasai bahasa kebangsaan walaupun telah menjangkau generasi ke empat? 

Mana mungkin Dong Zong mengharapkan kemudahaan pembelajaran di universiti awam seperti warga Malaysia yang lain jika Bahasa Kebangsaan sendiri lintang-pukang?   

Apakah hanya Dong Zong yang boleh memberi syarat dan menuntut itu dan ini dari kerajaan tetapi enggan berundur walau setapak bagi memberi ruang kepada praktikaliti, realiti dan rasionaliti dalam bertindak?

Tidak cukup dengan itu, Dong Zong mengambil sikap seolah-olah sesiapa sahaja yang menolak tuntutan mereka sebagai rasis pula.  

Nampaknya, sudah sampai masanya Dong Zong melihat ke dalam diri sendiri dan berfikir dalam-dalam serta mengakui kebenaran tentang ‘siapa yang rasis sebenarnya’?  Pihak yang menuntut perpaduan, jati diri dan nasionalisme, atau pihak yang menentangnya?
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.