Info : Cara Mudah Dan Jimat Hilangkan Bulu Kaki Yang Berserabut

cara-hilangkan-bulu-kaki

Memiliki bulu kaki yang lebat serta berserabut tentunya akan membuatkan seorang wanita itu kurang yakin terhadap penampilan dirinya. Biasanya mencukur dengan menggunakan pisau cukur adalah cara paling mudah dan cepat untuk menghilangkan bulu kaki. Tapi tahukah anda, dengan menggunakan cara tersebut boleh menyebabkan bulu kaki tumbuh semakin lebat dan menjadikan kulit kaki terasa kering?

Di bawah ini penulis  sediakan beberapa tips atau panduan yang boleh diamalkan oleh kaum wanita bagaimana cara untuk menghilangkan bulu roma tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar atau bersusah payah pergi ke pusat rawatan kecantikan.

Bahan:

1. Gula

Salah satu bahan dapur ini sangat berkesan untuk mengangkat bulu kaki hingga akarnya. Dengan menggunakan gula, bulu kaki tersebut baru akan tumbuh lagi selama beberapa minggu dengan tekstur yang lebih halus.

2. Putih telur

Selain elok dijadikan sebagai masker jerawat, ternyata putih telur ini juga bermanfaat sebagai salah satu bahan utama untuk mencabut bulu kaki anda. Bukan hanya menghilangkan bulu kaki yang kasar, namun putih telur juga dipercayai mampu menjadikan kulit anda terlihat lebih cerah!

Caranya:

Campur 3 sude gula, 1 sudu teh, ½ sudu teh tepung jagung, ¼ gelas perasan lemon, serta ¼ gelas air. Panaskan campuran bahan-bahan tersebut di dalam panci dengan menggunakan api kecil. Adunkan semua bahan hingga gula berubah menjadi seperti karamel. Setelah itu dalam keadaan hangat, sapukan adunan tersebut pada kaki anda, kemudian dibalut dengan kain kasa . Tekan-tekan secara perlahan hingga bulu-bulu kaki melekat pada kasa, setelah itu tarik ke arah yang berlawanan dengan tumbuhnya bulu.

Selamat mencuba!

Puteri Aurora | JERING Daily
Share on Google Plus

About Unknown

4 comments:

  1. ni kalau dh guna cara ni.. bulu kaki akn tumbuh balek ker?

    BalasPadam
  2. yang pake gula benaran ya ?
    soalnya bulu kaki banyak banget ini :(
    sehalus apa ya nanti tumbuhnya ?

    untuk bulu di ketiak juga begitu ya ?
    sama aja kan ?

    BalasPadam
  3. ada bulu kaki.. salah satu ciri unik ;)

    BalasPadam

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.