PETALING JAYA: Penyanyi Yuna menganggap lagu nyanyiannya dengan kumpulan Owl City, Shine Your Way yang dinyanyikan oleh peserta program realiti American Idol merupakan satu peluang baik bagi mempromosikan filem The Croods.
Yuna atau nama sebenar Yunalis Zarai, 27, berkata, dia gembira diberi
peluang dan kepercayaan menjayakan projek yang menjadikan lagu itu
sebagai lagu tema kepada filem tersebut biarpun penglibatannya sangat
kecil.
"Shine Your Way merupakan lagu ciptaan Alan Silvestri dan
dinyanyikan oleh kumpulan Owl City dan menampilkan saya dalam lagu
tersebut untuk filem itu, jadi ia sebenarnya bukan lagu saya.
"Walaupun bahagian saya dalam projek ini sangat kecil, namun saya
gembira kerana diberi peluang untuk bergandingan dengan Owl City,"
katanya kepada mStar Online menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada Jumaat.
Lagu tersebut dipersembahkan oleh 10 peserta American Idol musim ke
12 pada episod penyingkiran pertama yang berlangsung pada Khamis(waktu
Amerika).
Yuna yang kini menetap di New York turut mengakui lagu tersebut
mempunyai kualiti yang bagus selain menyampaikan mesej positif kepada
pendengar.
"Lagu tersebut mempunyai mesej positif hasil penulisan lirik oleh
Adam Young dari Owl City dan saya gembira lagu ini disambut baik oleh
peminat Owl City dan juga peminat saya," katanya.
Sementara episod tersebut boleh ditonton menerusi saluran Star World
711 di Astro pada pukul 6 petang dan ulangannya pada 15 Mac pukul 10
malam di saluran 8TV.
Filem animasi The Croods terbitan Dreamworks akan ditayangkan di seluruh dunia pada 21 Mac.
Sementara itu, Yuna menerusi laman Twitternya turut memberitahu akan muncul dalam program Tonight Show with Jay Leno bersama Owl City untuk mempersembahkan lagu duet mereka dihadapan penonton.
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.