Hiburan : Michelle Yeoh Terharu Terima Anugerah Filem Asia

Michelle-Yeoh-hot

HONG KONG: Datuk Michelle Yeoh diberi penghormatan menerusi Anugerah Kecemerlangan Dalam Sinema Asia (Excellence in Asian Cinema Award) pada Anugerah Filem Asia, di sini, pada Ahad.

Yeoh, 50, yang merupakan rakyat Malaysia menzahirkan rasa gembira dan terharu apabila menerima anugerah di mana kerjayanya mula bertapak iaitu di negara ini.

"Saya gembira menerima anugerah penghargaan ini dan berharap penganugerahan itu tidak mempunyai mesej tersembunyi.

"Saya berharap ini bukan cara mereka memberitahu saya bahawa saya perlu untuk bersara," ujarnya sambil berjenaka.

Bintang filem Crouching Tiger, Hidden Dragon dan The Lady sebuah filem mengenai tokoh politik Burma, Aung San Suu Kyi pada tahun lepas ini diberi penghormatan pada Anugerah Filem Asia ketika membuka tirainya pada malam Ahad.

Beliau mengakui mendengar khabar tentang kerja-kerja pembikinan sekuel kepada filem "Crouching Tiger", namun belum melihat skrip atau rancangan terhadap projek itu.

Filem itu diarahkan oleh Ang Lee pada tahun 2000 dan memenangi empat Anugerah Akademi (Oscar). -AP
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.