Agama : Islam Sentiasa Adil Kepada Umatnya

keadilan-dalam-islam
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad menerangkan: “Satu ketika seorang lelaki membeli sebidang tanah daripada seseorang. Kemudian si pembeli mendapati dalam tanah itu ada takar berisi emas.

Kata si pembeli: “Ambillah emas saudara ini. Saya hanya membeli tanah daripada saudara, bukan emasnya. Jawab si penjual: Saya memang sudah menjual tanah itu kepada saudara, termasuk segala isinya.”
Mereka mendapatkan keadilan daripada seorang hakim. Hakim bertanya: “Adakah saudara berdua mempunyai anak? Jawab seorang daripada mereka: Saya ada seorang anak lelaki. Jawab seorang lagi: Saya mempunyai seorang anak perempuan.

Keputusan hakim

Hakim berkata: “Kahwinkan anak lelaki dengan anak perempuan saudara itu dan belanjakan emas itu untuk kedua-duanya. Mereka pun melakukannya.” (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah juga melaporkan, beliau mendengar Rasulullah SAW menerangkan: “Suatu ketika ada dua perempuan bersama anak masing-masing. Kemudian seekor serigala datang dan melarikan anak seorang daripada mereka. Kata perempuan pertama: Serigala itu melarikan anak puan. Kata perempuan kedua: Bukan, serigala itu melarikan anak puan.”

Mereka mendapatkan keadilan daripada Nabi Daud yang memutuskan anak yang tinggal itu adalah anak perempuan lebih tua.

Minta nasihat nabi

Kemudian kedua-dua perempuan itu keluar dari tempat Nabi Daud kerana hendak bertemu Nabi Sulaiman. Mereka memberitahu apa yang sudah berlaku.

Nabi Sulaiman berkata: “Bawakan saya sebilah pisau. Saya akan belah anak itu kepada dua bahagian. Kata perempuan lebih muda, Jangan buat begitu. Semoga Allah mengasihani tuanku. Anak itu adalah anaknya.”

Nabi Sulaiman memutuskan anak itu adalah anak perempuan lebih muda. (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim)
Share on Google Plus

About Unknown

0 comments:

Catat Ulasan

Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.