Mahu beli biawak? |
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh
Omar berkata, kenyataan Abdul Khalid itu disifatkan sebagai acah-acah
dan menunjukkan kepimpinan beliau yang tidak matang.
"Pada mulanya, saya baru mahu mengucapkan tahniah kerana kerajaan
negeri bersedia untuk membubarkan DUN Selangor, tetapi melihat pada
kenyataannya semalam (Khamis) yang hanya mahu mendesak Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyegerakan tarikh pilihan raya umum,
dilihat tidak matang.
"Saya turut kesal kerana beliau seolah-olah cuba mempermainkan kuasa
menteri besar yang mampu membubarkan DUN meskipun belum mendapat
perkenan Sultan Selangor," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan
Bantuan Awal Persekolahan RM100 sempena Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haron di sini, Jumaat.
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata
tindakan Abdul Khalid itu juga jelas menunjukkan beliau tidak mendapat
sokongan rakan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri lain.
"Ini juga menunjukkan Abdul Khalid syok sendiri sebab rakan pemimpin
Pakatan Rakyat di negeri lain tidak mengikut langkah Selangor untuk
membubarkan DUN selepas Chap Goh Mei kelak.
"Saya harap rakyat dapat menilai sikap MB yang cakap tidak serupa
bikin dan mudah sahaja menukar kenyataan selepas gagal menerima sokongan
pemimpin PR negeri lain," katanya.
Noh berkata, tindakan Abdul Khalid yang mempersenda tarikh pembubaran
DUN negeri ini secara tidak langsung dianggap mempersenda kuasa Sultan
Selangor.
"Ini kerana bila cakap bubar, Menteri Besar perlu menasihatkan Sultan
sebelum Sultan memberi perkenan membubarkan Dun... bukan boleh
suka-suka bubar sahaja," katanya.
Rabu lepas, Abdul Khalid menyatakan hasrat untuk membubarkan DUN
Selangor pada akhir Februari ini, namun dalam kenyataannya pada Khamis,
beliau menperjelas pengumuman itu dibuat pihaknya bagi mendesak perdana
menteri agar segera mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13. - BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan
Pihak JERING DAILY tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan atau komen yang diutarakan melalui laman portal ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali portal.
Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri. Terima kasih.